Posts

FAKE NEWS ???

Image
BNM put up a good report yang bukan semua orang akan amik port pun. Just like UNICEF Report. Just like PAC Report on 1MDB. Kalau kita baca dan mentelaah kita akan tahu betapa pincangnya keadaan.

BNM mentioned soal gaji yang rendah berbanding kos sara hidup dan keperluan serta soal kerja yang semakin ditawarkan kepada orang luar. Kemasukan kontraktor & hutang beratus billion dgn China juga adalah antara impaknya. China bukan sahaja membawa pekerja buruh namun tenaga mahir dan professional drp negara mereka dengan ramainya juga.

Tolak tepi sektor perladangan, pembinaan, servis dan perindustrian yang memang jelas didominasi siapa.

Soal sikap sebenarnya tidak begitu wujud kerana selama 20 tahun saya berurusan dengan pelajar sekolah dan universiti mereka bukanlah sebagaimana yang kita gambarkan. Tak timbul isu terlalu memilih pekerjaan sebenarnya. Saya kenal ramai mereka ini kerana kadangkala mereka menghubungi saya utk mendapatkan pandangan. Jika ada yang terlalu memilih hanya kelompo…

KANAK KANAK TO REMAJA & LEADERSHIP ; Sila lihat post FB Attached

This is part of our life how leaders are made & created !!! Sedangkan kita di Malaya tak beri langsung dan keji student yang ingin menyuarakan hati rakyat !!! Dalam masa yang sama kita nyatakan student kini Jumud tak macam 60s - 80s !!! Sedangkan studentlah masa depan negara dan nadi kebangkitan perubahan rakyat dan negara di mana mana negara pun.

Saya terlibat dalam pelbagai aktiviti politik dan bukan politik sejak sekolah di tingkatan 4 ( dgn umno dan BN of course ). Di University tahun 1997 saya mulai berubah arah pandangan politik. Namun sebagai penuntut Sains Politik saya masih melaksanakan kajian saya tentang Melayu Baru dan Pemikiran Politik Tun Mahathir. Saya juga ada menulis Essei tentang Anwar Ibrahim berhubung pemikiran politiknya.

Sebenarnya pusing ikut mana pun, ditahan bagaimanapun end up setiap student akan buat pilihan sendiri. Razali dan Budiman yang merupakan rakan malah terlibat dgn Reformasi kini menjadi YB bukan dgn PH sebaliknya dgn BN. Jailani menjadi SU Sul…

JAUH YANG DEKAT

Image
Perjalanan membina hidup masih jauh namun perjalanan menuju akhirat kian singkat. Antara keduanya perlu ada timbal balas. Dunia dikejar takkan selesai malah mungkin berciciran segalanya manakala akhirat dalam kesingkatan ini ibarat tidak cukup utk dikejar segalanya. Namun mana pun kita pergi jauh mana kita melangkah setinggi mana saujana mata memandang dari pandangan mata sang helang sujudlah dahi mencecah lantai agar segala tasbih cinta luhur buat jiwa yang tandus yang sebenarnya jauh dari Tuhan.

Nikmat yang diberikan Allah tak terhitung. Ujian pasti hadir satu persatu. Hidup tidak akan mudah apatah lagi utk doing a right thing, berkata benar dan menjunjung integriti. Ketaatan hanya pada kepimpinan yang memegang itu semua agar bisa marhaen merasa sedikit nikmat kehidupan. Ketika kepimpinan jauh tersasar setelah diingatkan tiada lagi wadah wajib taat pada mereka. Hidup memperjuangkan ini semua tidak menjanjikan apa apa balasan. Apatah lagi untuk dikenang dan dingatkan. Mungkin hilang…
Image
I'M NOT A CROOK / WATERGATE


WATERGATE !!! Sewaktu saya masih student dan mengambil jurusan Sains Politik saya ada membacanya.

Do you know why being a PRESIDENT OF THE UNITED STATES OF AMERICA masih menyebabkan NIXON boleh jatuh tersembam ???

Kerana PENGUASA DAN WARTAWAN PUNYA ETIKA SERTA INTEGRITI SERTA TIDAK MELINDUNGI BELIAU !!!

Watergate bukan lagi menjadi isu politik namun isu masa depan negara Amerika ketika itu. Penguasa dan Media tidak mahu lagi mempunyai seorang Presiden yang tidak punya integrity serta menggunakan segala kuasa yang ada ditangannya demi kepentingan dirinya dan kuncunya.

Ini berlaku disebuah negara yang kita amat benci dengan dasar luarnya khususnya melibatkan Palestine dan sebagai Polis Dunia !!!

Disini apabila rakyat bercakap tentang politik rakyat disuruh masuk politik !!! Sedangkan rakyat berhak bercakap politik bila bila masa kerana rakyat yang memilih ahli dan parti politik mereka. Hidup dan masa depan rakyat juga terletak dan ditentukan oleh DASAR PO…
Image
RAKUS

Kalian Rakus
Namun aku teruduh sebaliknya
Rakus mempercaya
Rakus menuang noda
Rakus menulis di maya
Rakus mempersenda
Rakus ketika melihat kata dan airmata
Rakus dalam penilaian

Ku Rakus
Rakus pada pertolongan
Rakus pada membina kebaikan
Rakus pada membina kepercayaan
Rakus pada mendidik
Rakus pada ihsan
Rakus pada lara
Rakus pada kebenaran

Kalian Rakus Aku Rakus
Apa dengan ego kalian dosa bakal tertebus ?
Apa dengan sombongnya kalian calar hidup orang lain bisa kalian hapus ?
Sekalipun mulut ingij berkata pergi mampus
Namun aku bukan membina hina dalam rakus
Sedang kalian memintaku menelan duri duri kaktus
Namun kalian tak terfikir yang kalian sangat rakus
Secara perlahan sedang menghapus
Kata lain makna pergilah mampus
Apa aku masih rakus ?
Sedangkan aku tak pernah menikus
Sekalipun rakus kalian sedang menimbus

Jika rakus kau bawa komulus nimbus
Rakusku bertahan bukan pas pis pus
Takkan ganjak kakiku berdiri atas kebenaran yang cuba dihapus
Kerna ya jiwaku rakus
Bukan rakus an…
Image
PENDAKI MIMPI

Ku ketuk panji alam
Melewati malam sendiri
Pasrah sujud dahi menyentuhi tanah
Tika jiwa dan hati ku hadapkan ke langit

Ku mendaki mimpi mimpi
Sedang mimpi sendiri membunuh mimpi mimpiku
Walau telah dan pernah ku realisasikan mimpi
Namun terkadang timbul ngeri

Takkan ku berpaling
Meski ku terhambat luka
Meski cerita bukan zahirnya melwati percaya nan lain
YANG SATU tahu dan mengerti
YANG TAHU melihat dan mengetahui

Ku pendaki mimpi
Cuba menggapai harapan
Walau ada setengahnya palsu
Walau ada setengahnya luka lara
Tertikam depan belakang tepi atas dan bawah
Namun ku melangkah
Walau getir ibarat bertapa
Walau kaki berat mengheret beban yang diarahkan padaku
Bebanan yang bukan milikku

Ku terus mendaki mimpi
Walau penuh duri
Tika diri memaafkan
Namun cukup tidak mahu kulihat kalian lagi
Ketika mimpiku diragut kepercayaan palsu orang orang yang ku maafkan
Pergi...nyah
Biarkan daku membina mimpi mimpiku semula
Walau aku sendiri tidak pasti
Hanya ku berpegang pada janji Tuhan
Ku…
Image
UNDI ROSAK & GE 14

Ada 2 isu yang berbangkit bekaitan GE 14 lately. 1 isu nak rosakkan undi dan ke2 isu tak nak mengundi.

Saya fikir saya tak perlu perjelaskan dengan lanjut kerana gambar ini boleh menceritakan sejuta makna.

Ketika Trump bertanding hampir separuh yang layak mengundi tidak mengundi. Ini tidak termasuk isu undi rosak. Hakikatnya walau majoriti rakyat tidak menyukai Trump dan ada sedikit isu dengan Clinton ia menyebabkan maslahat lagi besar terjadi. TRUMP WON THE ELECTION.

Kalau anda rasa dengan merosakkan undi dan memilih tidak mengundi mampu mengubah hasrat anda maka jangan merungut ketika kita melihat keadaannya masih sama.

Sesebuah RULING PARTY yang baru dilantik sebolehnya akan cuba memenangi hati rakyat selain mengambil tindakan atas isu rasuah, kecurian wang dan integriti yang berlaku dalam negara. Jangan diambil kira dakyah sesetengah pihak kerana hak anda terjamin selain sesetengah perkara hanya mampu diubah jika Agong & Sultan sebulat suara bersetuju m…