CARA KU PERJUANGAN KU

Perjuangan ini pastinya dgn caraku sendiri
Tiada galang gantinya
Hanya mewarisi perjuangan bapa bapaku
Malah perjuangan peninggalan BAPAKU sendiri

Takkan pernah aku gadaikan prinsipku
Hanya kerana utk menyelamatkan 1 nama
Swdang dalam keadaan lain kita tergadai segalanya

Takkan aku pernah turuti ibarat babi buta
Yang bukan hanya buta mata
Namun buta hati
Hanya kerana dia panglima
Sedang pada satu sudut dia merobek prinsip perjuangan dan nilai yang terbina itu sendiri

Hati ini takkan mati
Nilai ini tak buta
Hanya kerana logo dan warna
Sedang tahi terpalit sana dan sini
Haruskah aku mencucinya dari dalam
Hingga aku sendiri terpalit tahi hingga ke dalam mulut dan tekak
Hingga setiap butir kata selepas itu kelak terhambur tahinya sekali

Aku punya caraku
Aku punya nilaiku
Yang takkan aku gantikan dengan apa sekalipun

Takkan aku gentar biar sejuta menarikku ke tepi menghayun jati diriku
Takkan aku dibabi butakan oleh sekelompok durjana
Takkan mati jiwaku
Takkan taksub taatku pada suatu yang menggadaikan jati maruah setiap titik darah yang mengalir
Biar sekalipun jika aku hanya sendiri tegakkan benar nan satu

Demi nilai ini
Demi kasih sayang ini
Demi cinta ini
Buat tanah tumpah darahku

Nukilan
Mie
Sri Petaling / 30 Aug 2017

*********************************

Disini lahirnya sbuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SAYA, AKU, ANA & AYE....

LA GEAR

Pemandu Pelancong PART TIME