MELAYU



MELAYU.....

Kita terlalu menunding jari pada orang lain tatkala yang memegang tampuk pemerintahan dari YDP Agong hingga ke penggubal polisi dan pembuatan keputusan daerahpun 90 % malah mungkin lebih adalah Melayu.

Jika kita lihat kemelut rasuah yang berleluasa terutamanya pada peringkat tertinggi kita boleh nilai sendiri. Dari MARA, isu Sabah, Johor, terkini Melaka, Felda, KBS, Malaysia Fidlot  malah dalam sesetengah parti ahli digantung keahlian sbb beri rasuah pemilihan hingga 6 juta ringgit lebih 15 tahun lalu, rantai emas duit dan sebagainya.

Tak lupa pasti isu membabitkan 1MDB yang mana ada melibatkan bangsa selain bumiputera disitu namun yang memegang tampuk kuasa jangan katakan taring malah gigi dan suara pun terbenam kedalam untuk memanggil insan terpilih Jho Lo balik dan disoal siasat !!! Meskipun awalnya ramai menteri bersetuju untuk Jho Lo dipanggil mengadap termasuklah YB KJ.

FELDA, MARA dan 1MDB semuanya melibatkan syarikat buluh kasap di British Virgin Island. Mana tak tahu apa boleh buat di BVI ini dan beberapa pulau lain lagi utk kewangan pesisir sila dapatkan maklumat lanjut dengan membaca sebab saya tiada punya masa utk terangkan disini. Saya juga pernah bekerja di organisasi kewangan pesisir pantai sekalipun tidak lama.

Dimana lagi harus kita sorokkan muka dan segala ceriteranya apabila lebih 10 buah negara lain mengambil tindakan undang undang hingga menarik lesen, memenjarakan pegawai pegawai bank si Singapura jika terkait skandal 1MDB dan mendenda puluhan juta USD di UK, US, HK, Switzerland dan pastinya Singapura. Malah dalam negarapun BNM menyaman puluhan juta RM bank hasil kegiatan dan tindakan tindakan ini.

Cakap yang berbolak balik daripada awal, statement yang tidak sama dan bersimpang siur dan tunggang langgang dari segala memanda menteri. Akaun tak diaudit bertahun tahun hingga tiada syarikat yang berani melaksanakan audit. Kini 5 tahun 1MDB tidak di audit malah Laporan Audit Negara, Laporan Audit Kewangan KPMG serta Ernst & Young di OSA kan.

Duit berbillion yang dimasukkan 4 kali kedalam akaun buluh kasap Abaar BVI milik Jho Lo serta transaction perjalanan duit berkaitan yang jelas ada dalam statement PAC, MACC, AG, BNM, Audit Negara malah oleh MOF sendiri sebelum ini.

Hutang yang kononnya tampak berkurang 30 % padahal ianya dipindahkan ke MOF berpuluh billion yang menyebabkan negara menganggung saman bernilai 26 billion yang tertangguh bayarannya dan Dec 2017 ini perlu dibayar lagi.

Projek buat anak watan bernilai lebih Rm 40 juta yang dimakan duitnya oleh Ketua Pemuda Bahagian sedangkan projek ini adalah projek buat pembangunan latihan anak anak melayu luar bandar yang yang disakau ke tembolok sendiri.

Rezab Melayu yang makin hilang bukan sejak 5 tahun lalu tapi dah berpuluh tahun. Baik di Pulau Pinang dan penukaran status tanah dan perumahan di Johor dan Melaka yang ditangkap SPRM melibatkan pelaku politik tanahair. Balak, Bauksit, Dadah, Rempit, menunggang agama dan banyak lagi melibatkan bangsa kita. Pelaku politik dan pentadbir kita.

TAPI KITA MASIH MENUNDING JARI pada orang lain dan bangsa lain. Akhirnya apa yang tinggal apabila mereka yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga Melayu sendiri yang makan Melayu dgn tindakan  tindakan di atas. Akhirnya kita hanya tinggal laungan dan lirik lagu yang dimulakan dengan ANAK KECIL MAIN API....dan berakhir dgn MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA !!

Hakikatnya negara ini terbangun atas usaha bersama dan kontrak sosialnya sesiapapun yang jadi warganegara dia punya hak sebagai warganegara berdasarkan peruntukan undang undang yang ada.

Jika sentimen terus dimainkan kita bakal melihat negara patah balik kebelakang drp maju kedepan hinggakan soal banjir dan bencana pun kita nistakan macam macam sedangkan rakyat sedang menanggung beban.

Terlalu lama lagu doktrin melayu menyalahkan orang lain dimainkan sedangkan melayu mampu berjaya dalam segala dan segenap bidang.

Sebab takkan kita nak bangga bila kita hanya menjadi juara rasuah, dadah, rempit, sakau duit rakyat, tunggang agama, bergaduh kerana berbeza pandangan mazhab yang tak salah mana mana pun, mengambil kredit daripada aktiviti ngo, tiada integriti, mengeluarkan statement telur separuh masak, ketaatan yang membabi buta hingga jika tahi kucing dianggap tempoyak oleh pemimpin maka kita pun membenarkannya beramai ramai, menjadi beruk dgn tindakan extrimist pejuang bangsa kononnya sedangkan banyak ruang dan peluang lain yang boleh dibanggakan. MANA MARUAH KITA DISINI ??? Kita laung pejuang tapi kitalah petualang !!!

Cukup menuding jari pada orang lain dan bangsa lain ketika kita sendiri yang terlalu rakus merosakkan amanah yang dipegang...


Mie
Bangi
Nov 29, 2017

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME