SAYA, AKU, ANA & AYE....

Saya bukan pelajar 5A ketika Ujian Penilaian Darjah 5 tahun 1984. Saya hanya dapat 3A2B dan hanya mampu senyum pahit tengok kawan lain yg dapat result jauh lebih baik. Saya tak dapat masuk mana mana boarding school.

Saya ke Anderson Ipoh kemudian bbrp sekolah lain. Form 3 result agregat 20 tapi Math dapat 8. SPM dapat Gred 1 tapi maths failed. Kemudian saya ke Tingkatan 6, amik dua kali sebab kali pertama BM saya failed Kertas 1. Saya amik full subject kali kedua.

Masuk UKM saya telan air liur tengok kengkawan dari Matriks & Boarding School yang saya anggap hebat. Tapi saya tetapkan tekad nak jugak berjaya. Saya maintain result till final year with CGPA 3.4.

Then masa interview kerja rasa kecil lagi dengan tengok student luar negara interview sekali. English cakap berabuk. Saya setakat so & so sahaja. Tapi saya nak baiki hidup saya juga. So saya struggle dalam kerja. Apatah lagi grad ketika ekonomi tengah teruk sekitar hujung 90'an. Tapi saya teruskan tekad ingin baiki diri dan ingin belajar.

Dari Hicom Teck See ke niosh kemudian saya ke MOTOROLA & NESTLE dimana saya temui LEADER dan MENTOR yang banyak mengajar dan mendidik saya bersama berkat doa emak dan arwah abah dan rezeki anak anak serta usaha keras pada usia saya 36 saya mrnjadi SVP disalah sebuah GLC. Terutama ketika bersama Motorola saya merasa keluar negara banyak kali yg suatu ketika dulu hanya dalam angan angan. Alhamdulillah sekalipun bukanlah kaya namun saya bersyukur dgn apa yang ada. Tetap ada turun naik dalam kerjaya dan disitu juga kita boleh kenal siapa kawan siapa lawan.

Bagi yang kenal saya tahu saya takkan tolerate dengan integrity. Saya kehilangan kerja kerana pertahankannya sekalipun perlu lalui fitnah besar dalam hidup saya. Diaibkan dilaman sosial serta dituduh macam macam tanpa  mendengar apa yg saya lalui dan temui. Saya tak pernah sesal dgn hidup saya atas semua yg saya lalui.

Maaf bukan nak menunjuk namun sekadar berkongsi pengalaman budak kampung yg tak berapa cemerlang pada awalnya macam saya tidak harus dinilai pada berapa A kita dapat. Tapi sejauh mana kita redha dan usaha serta mengingati A yang paling besar iaitu ALLAH tempat kita mengadu dan bercerita ketika hidup kita naik dan turun dilanda badai kehidupan.

 Bagi anak anak yang kurang cemerlang kuatkan tekad. Ini bukan akhirannya. Perjalanan masih jauh dan panjang. Dan jika kita berada dipuncak kerjaya tetap terus berpijak dibumi nyata. Kalau kita ada kawan hanya despatch atau tukang cuci sekalipun mereka tetap kawan kita. Jgn kita mendabik dada. Ingat juga dalam gaji kita ada bahagian utk orang lain yang jangan sesekali kita lalaikan.

Prinsip saya jelas dan dalam setiap tindakan kerja saya saya hanya mahu lakukan perkara yang betul dan terbaik. Untuk itu saya harus struggle semula sekalipun payah. Yes, taking a right path is not that easy but i will walk through that pain no matter how it looks like.

Saya hanya budak kampung yang kurang serba serbi dan tidak sempurna. Saya tak mampu merubah dunia namun saya berharap dgn sedikit perkara kecil yang telah, sedang & bakal saya lakukan saya berharap saya boleh ubah dunia seseorang.

Comments

  1. Alhamdulillah... teruskan istiqamah di dalam perjuangan...

    ReplyDelete
  2. Saya dpt 5a , masuk sbp..tapi awak lebih berjaya dari saya. .tahniah mimi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama JALAN REBUNG ko pakey dalam nih cik abang. Awat dan apa maknanya ?? Tak adalah cik abang. Hang pun berjaya mungkin jauh lebih baik drp aku. Aku pun ada pasang surut turun naik. Cuma buat apa aku rasa aku suka buat tu ja.

      Delete
    2. Nama JALAN REBUNG ko pakey dalam nih cik abang. Awat dan apa maknanya ?? Tak adalah cik abang. Hang pun berjaya mungkin jauh lebih baik drp aku. Aku pun ada pasang surut turun naik. Cuma buat apa aku rasa aku suka buat tu ja.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

LA GEAR

Pemandu Pelancong PART TIME