JAUH YANG DEKAT

Perjalanan membina hidup masih jauh namun perjalanan menuju akhirat kian singkat. Antara keduanya perlu ada timbal balas. Dunia dikejar takkan selesai malah mungkin berciciran segalanya manakala akhirat dalam kesingkatan ini ibarat tidak cukup utk dikejar segalanya. Namun mana pun kita pergi jauh mana kita melangkah setinggi mana saujana mata memandang dari pandangan mata sang helang sujudlah dahi mencecah lantai agar segala tasbih cinta luhur buat jiwa yang tandus yang sebenarnya jauh dari Tuhan.

Nikmat yang diberikan Allah tak terhitung. Ujian pasti hadir satu persatu. Hidup tidak akan mudah apatah lagi utk doing a right thing, berkata benar dan menjunjung integriti. Ketaatan hanya pada kepimpinan yang memegang itu semua agar bisa marhaen merasa sedikit nikmat kehidupan. Ketika kepimpinan jauh tersasar setelah diingatkan tiada lagi wadah wajib taat pada mereka. Hidup memperjuangkan ini semua tidak menjanjikan apa apa balasan. Apatah lagi untuk dikenang dan dingatkan. Mungkin hilang terkubur begitu sahaja.

Namun jika jalan itu dipilih maka ikhlaskan hati dan jiwa tanpa harapkan apa apa. Ketika itu jua pabila berdiri teguh mempertahankan maruah, fitnah dan kebenaran. Jika gentar dan hanya mengharapkan mundur lebih baik mengaku salah dari awal agar bisa diracik lagi maruah dan keaiban. Biar apapun diperkata asalkan selagi tidak melanggar hukum hakam Allah teruskan berjalan tanpa gentar. Haq dan batil berbeza pada pandangan manusia terhadap individu dan bukannnya atas peristiwa. Segalanya hanya mahu dibungkam pada jiwa dan hati mengikuti naluri dan bicara sendiri. Haq dan batil takkan mungkin bersatu.

Amali kita, keikhlasan kita, jiwa dan minda kita hanya Allah penilainya bukan pada mulut manusia. Biar dicaci hamun hanya hati yang kodi tidak mampu membezakan antara haq dan batil. Anyara salah dan betul. Antara halal dan haram.....ku pohon agar Allah berikan kekuatan utk terus melangkah sekalipun kaki disadung badan penuh luka hiba kerana destinasi jauh itu sebenarnya juga destinasi yang sudah amat dekat.....

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME