DERMA

Derma, sebenarnya bukan dimulakan oleh Ruling Party dan Kerajaan namun terlalu banyak pihak dan rakyat yang mahu membantu. So, instead drp masuk ke poket sesiapa lebih baiklah diselaraskan agar sebarang bantuan yang rakyat sukarela nak hulurkan diletakkan setempat dan satu akaun sahaja. Senang untuk diuruskan atau diaudit malah sebarang sumbangan boleh dikecualikan cukai juga. Inilah antara sebabnya.
Ketika krisis tahun 1998 kita pernah melaksanakan perkara yang sama malah ketika itu ada elaun tetap yang dimansuhkan seketika kerana Kerajaan mahu mengawal kewangan negara.
Samada keluarga penguasa dan penguasa juga memberikan derma atau tidak siapa kita utk judge. Yang pasti mereka telah potong gaji mereka. Tapi ada mangkaq kata gaji menteri berpuluh ribu. Seriously gaji menteri kita kecil sahaja. Saya sebenarnya lebih suka gaji kakitangan awam berisiko tinggi dan gaji menteri tinggi kerana ianya tidak banyak sedikit mampu mengelakkan berlakunya masalah rasuah dan ini terbukti di negara seperti Singapura, Finland, Switzerland dan bbrp negara lain.
Bonus atau Duit Raya. Ingatlah yang berjanji orang lain dan kini yang memerintah orang lain. Apatah lagi dalam keadaan negara hari ini. Rakyat khususnya kakitangan Kerajaan harus ingat bahawa BONUS adalah BONUS. It is not a contractual thing. Di Swasta jika kami ada untung swkalipun namun tak CAPAI TARGET kami takkan dapat bonus malah silap hb increment pun tak dapat. Dalam keadaan hari ini mungkin ada maslahat lebih besar harus kita lihat dan telitikan. Ada sebuah GLC bertahun tak bagi increment dan Bonus dulu. Adatlah ada turun ada naik.
World Cup betul RM 40 juta will be spent for it. Personally saya pun lebih suka jika duit tersebut masuk ke akaun utk membantu pembayaran hutang. Bagaimanapun saya difahamkan RTM mampu buat rebranding dan jana duit melalui pengiklanan disini. Astro buat lebih RM 100 juta drp Iklan sepanjang WORLD CUP musim lalu. RTM ni sebenarnya ada banyak budget tapi malangnya selama ini program TV didominasi hanya oleh pihak tertentu. So most of the time program tidak punya kualiti malah ada laporan audit yang menunjukkan ada pembelian alatan namun bilik yang mana alatan alatan ini patut ada hanya kosong diisi habuk. So sebelum ini ada orang buat duit tapi yang ruginya RTM. Setakat ini khabarnya RTM telah menerima hamoir 20 juta sponsorship untuk WC2018 !!!
Dan seriously rakyat tak kisah sangat pun samada Manifesto 100 hari dicapai dalam 100 hari mahupun lebih. Bukan soal itu lagi bagi rakyat. Rakyat hanya mahukan Kerajaan sediada membaikpulih kedudukan kewangan negara dan mengambalikan keyakinan rakyat dalam isu berkaitan kewangan dan integriti. Hanya mereka yang tidak mengundi PH khususnya CYTRO BN/UMNO sahaja yang bising. Biarkanlah kerana dengan cara memaki hamun, mencarut, bercakap berdegar degar itulah selama ini rakyat makin jauh daripada mereka. Saya telah menulis berkenaan reformasi Umno dan saya tidak mahu sentuhnya lagi disini.
Ramai juga machai yang bising berkenaan pembatalan MRT3 & HSR. Tapi berapa ramai lihat jumlah hutang dan BUNGA yang terpaksa ditanggung !!! Penerbangan Udara Singaprore - KL - Singapore menjana pulangan ekonomi amat tinggi dan aktif. Tiada isu apa apa disitu buat masa ini. Bagi saya jika kita bergaji RM 3000 maka hiduplah dengan RM 2500 then kita akan ada simpanan RM 500. Namun jika kita hidup pada nilai RM 6000 maka kita terpaksa berhutang lagi RM 3000. Silap haribulan kita terpaksa meminjam utk langsaikan bunga hutang atau hutang seperti 1MDB dan ianya bukan efektif lagi apabila terpaksa gali lubang tutup lubang sana dan sini.
Isu FOREX zaman Tun pun masih ada machai bising. Apakah kalian tidak membaca bahawa RCI tersebut telah selesai dan laporan dihantar ke Agong malah Tun tidak terkait isu berkaitan kerana itu bukan keputusannya. Lagipun dalam meniaga ada untung dan rugi. Ianya bukan money laundering dan bukannya pencurian atau masalah ketirisan duit negara !!! BN dan UMNO jika punya bukti punya antara 2003 - 2018 utk mendakwa Tun dalam pelbagai perkara. Cakap banyak tidak guna tanpa ACTION maka jadilah No Action Talk Only !!! Berbading 1MDB, Felda, KWAP, pembinaan PFI dll buktinya telah ada dan kebanyakannya boleh kita lihat cuma pengumpulan bukti dan mengambil statement pasti akan mengambil sedikit masa.
Tun ni bagi saya ketika beliau masuk gelanggang politik tiada beza dengan Mike Tyson. Masuk gelanggang tanpa peduli berapa kali aku kena tumbuk aku akan bertahan tapi aku akan ensure jika aku menumbuk maka TKO akan aku berikan pada PUSINGAN PERTAMA !!
Bukan mudah utk mengisi semula pembangunan negara. Ianya memerlukan kerjasama semua baik kita sebagai rakyat. Apa yang rosak hari ini bukan hanya kewnagan dan sebahagian perniagaan dan proses serta isu integriti namun hampir keseluruhan sistem cukup telah rapuh dan parah dan ini memerlukan masa rawatan yang panjang dan memeritkan.
Saya beri ruang sepenuhnya pada Kerajaan sedia ada untuk melaksanakan sebarang program Reformasi dalam Kerajaan mahupun dalam Agensi dan GLC. Panjang lagi jalan dan perancangan ini. Dalam nasa yang sama saya juga inginkan pembangkang yang kuat serta berintegriti demi kebaikan negara yang kita cintai ini juga.
Wallahualam
MieAli
Bangi
31 May 2018



http://news.bbc.co.uk/2/hi/world/analysis/47496.stm

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME