KISAH & TAULADAN

KISAH & TAULADAN
Arakian kata sahibul hikayat maka tersebut sebuah kisah hikayat 60 tahun 365 malam di negeri Punah Memunah akan sekumpulan manusia yang diangkat oleh sebilangan rakyat memilih mereka menjadi pemimpin dalam negeri mereka.
Negeri cukup makmur namun para pemimpinnya suka pula berak merata rata malah menghidu bau tahi sesama mereka. Ini menyebabkan bau yang busuk tersebar malah mulai mendatangkan penyakit berjangkit. Mereka kerap kali cuba meyakinkan rakyat bahawa yang ada dimerata rata negeri itu bukannya tahi namun adalah tempoyak dan sambal sebenarnya. Kadangkala ketika ketua mereka menyatakan demikian mereka mencuitnya sekali merasa untuk membuktikan kesasihannya pada sekelian rakyat jelata. Malah mencium ciumnya sesama mereka memuja memuji betapa ianya cukup harum dan amat bermakna.
Rakyat merasakan keadaan negeri mereka kian membusuk dan mengotor. Dalam majlis town hall bulanan rakyat melahirkan rasa kekecewaan malah ianya diabaikan.
Beberapa kepimpinan mulai sedar demi rakyat dan negeri ini agar tidak busuk dan kotor kerana bakal hilang keunikannya mulai bersuara namun malang suara mereka ditutup. Suara rakyat juga ditutup malah dipenjarakan serta di hukum jika memberi pandangan bertentangan dengan kepimpinan mereka.
Saban hari saban banyak tahi dimerata rata hingga ada cadangan agar ditubuhkan syarikat untuk membersihkannya. Maka bermodalkan wang perak hasil jualan durian negeri maka diambil utk dijadikan modal. Namun tahi tetap banyak. Mulai ada suara rakyat menyatakan kerugian pengeluaran modal twrsebut kerana masalah belum selesai. Kini hasil petola pula diambil untuk menampung pembersihan tahi dan muntah yang kita banyak namun masalah tidak juga seleaai malah makin menjadi teruk.
Kemarahan rakyat yang gegak gempita tidak dapat ditertahankan lagi apabila rakyat mengetahui hasil petola dan durian utk tujuan pembersiham digunakan utk menbeli dan membina mahligai yang bersih dan indah buat kepimpinan mereka. Malah terlalu banyak bakul bakul dan kereta sorong dibeli hanya untuk kepimpinan mereka saya.
Tidak terbendungkan lagi apabila Mike Tyson mulai terlalu marah maka bergabunglah beliau dengan Larry Holmes, Rocky, Prince Naseem dan beberapa lagi mendesak agar kepimpinan diubah.
Apabila kemarahan ini mara bak tsunami maka dilaksanakan pemilihan semula kepimpinan. Para pemimpin sedia ada sedaya upaya memberikan pucuk paku dan kangkung malah pada suatu masa menjanjikan bulan diriba jika mereka memerintah semula malah mereka menyatakan mampu menukatlr tahi dna muntah kepada emas dan perak malah intan permata.
Sekelian rakyat namun sudah tidak peduli lagi akan busuknya bau tahi dan hamisnya bau muntah maka digulingkan kepimpinan yang ada.
Maka bertukarkan kepimpinan dan dikala ini rakyat mulai menyaksikan ada beberapa pemimpin sebelum ini ada yang mula muntah mungkin kerana selama ini terlalu lama menahan bau busuk yang ada. Apatah lagi bila mencium dan mecicip najis sesama mereka.
Bagaimanapun laluan kepimpinan baru sangat sangat menghadapi masalah yang besar. Longgokan najis bukan sebagaimana teruk yang mereka sangkakan malah jauh lebih teruk dan membusuk. Sebahagiannya berulat dan mulai menghantar pelbagai penyakit berjangkit.
Sebahagian rakyat turut tertekan namun ramai rakyat faham dan snggup membantu kepimpinan dengan memberikan tenaga, pemikiran malah sabun, berus dan penyapu untuk membantu kepimpinan baru membersihkan bersama sama najis dan muntah tersebut.
Kini kepimpinan lama mulai bising mengapa terlalu lama masa harus diambil utk mencuci dan membuang najis dan muntah ini. Laporan demi laporan kepada Temenggung dibuat kononnya kelewatan ini melanggar etika dan janji malah kata mereka kenapa rakyat harus membantu kepimpinan baru membersihkan segala ini kerana itu tanggungjawab mereka.
Bukan mudah buat semua dalam negeri ini. Perjalanan mereka masih panjang untuk mewangikan semula negeri mereka selain membasmi segala penyakit. Halangan pasti ada dan segala tindakan mereka diperhatikan malah dipertikaikan oleh pemberak pemberak sebelumnya. Namun tanpa lelah mereka terus mengorak langkah dengan harapan dapat mewangikan dan memakmurkan negeri mereka semula serta segala penyakit berjangkit dapat dihindari.
Jalan masih panjang. Rakyat juga memerhati jika dalam pembersihan yang ssdang dilaksanakan ini mereka juga turut melakukan perkara yang sama maka rakyat tidak gentar untuk menolak mereka juga keseluruhannya. Rakyat juga mahu pemberak sebelumnya menjadi insaf, membetulkan diri dan membantu bukannya terus mencanang memarahi orang lain dan rakyat yang sedang mmembersihkan najis dan muntah mereka yang selama ini mereka taburkan keseluruh pelusuk negeri.
Rakyat hanya memgharapkan negeri mereka kembali segar dan harum agar swgala hasil petola dan durian dapat dinikmati semula bersama buat semua.
Takkan tamat lagi jalan cerita negeri ini. Banyak cabaran mendatang dan mereka harus kuat melaluinya....
MieAli
5 Jun 2018
Bangi

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME