SEX EDUCATION & TABOO

Rasanya masyarakat masih TABOO bila ada yang bercakap berkenaan Pendidikan Seks.
Seriously berapa ramai yang tahu dan faham apa itu Pendidikan Seks ? If you think it is all about HOW TO DO IT then you should do more readings & get your brain clean up !!!
Its about tumbesaran badan manusia lelaki dan perempuan. Apa bakal berlaku dan apa bakal terjadi. Kenapa perlu ada malu, kenapa perlu jaga serta lindungi diri dan kenapa pengetahuan menangani PEDHOPHILE serta gangguan seksual perlu ada dalam diri anak anak. Apa masalah dan kesan seks bebas dan pendidikan seks berasaskan moral, agama dan budaya kita masyarakat timur yang kaya dengan adat resam.
Anak anak hari ini lebih terbuka dan kerana itu saya sedikit sebanyak terbuka dengan anak anak dalam memberikan penerangan berhubung perkara ini. Anak perempuan wallahualam saya tak ada anak perempuan so saya tak tahu bagaimana tapi anak lelaki yang kini berusia 14 & 17 saya perlu ambil tanggungjawab tersebut. Apatah lagi untuk ajar mereka hormati tuturkata apabila berbicara dengan rakan berlainan jantina.
Masalah berkaitan seks dan pedhophile dalam Malaysia makin teruk sebenarnya. Cuma kebanyakan kes tidak dilaporkan. Ada yang terima ugutan malah ada yang dikahwinkan dengan pedhophile berkaitan. Ada yang tidak dapat belajar kerana masalah begini dalam keluarga, dgn persekitaran, disekolah dsb.
Masyarakat perlu jelas dan tidak perlu taboo kerana pendidikan ini adalah bersifat pengetahuan untuk melindungi dan BUKANNYA HOW TO DO IT !!! Kita perlu didik mereka utk faham berdasarkan peringkat umur masing masing apatah lagi zaman mereka jauh berbeza dengan zaman kita. Zaman kome dulu kome cuma bukak hustler hujung padang sekolah ramai ramai dengan tangan menggigil gigil manakala hari ini mereka hanya perlu GOOGLE !!! Mereka juga diganggu pedhophile dan yang mengambil kesempatan melalui teknologi semasa dengan amat hebat. Luar drp apa yang kalian mampu bayangkan. Saya ada rakan yang pernah dirogol, saya ada terjumpa pelajar yang diambil kesempatan oleh guru dan pensyarah. Saya pernah terlibat dalam program remaja ' terlanjur '. Cuma mungkin sumbangan dan penglibatan saya tidak sehebat saudara Syed Azmi dalam kes kes seperti ini. Dunia jauh berubah dan keadaan sangat berbeza. Cabaran kita dalam mendidik anak anak dan cabaran yang harus mereka tempuhi jauh lebih hebat drp yang kita bayangkan.
MieAli
Bangi
30 May 2018

Comments

Popular posts from this blog

SAYA, AKU, ANA & AYE....

LA GEAR

Pemandu Pelancong PART TIME