Lapangan Kenangan


LAPANGAN KENANGAN

Tatkala ku sedar memori itu hanya tinggal angan
Namun hati cuba tetap meneguh pada tiang tiang rapuh
Lapangan kenangan
Perjalanan insan
Merombak serta merungkai seribu pertanyaan
Aku hanya hina dipandangan mata manusia
Sekalipun jika ikhlas penuh membaluti jiwa
Sekalipun jika kebenaran bertakhta
Tabah harungi setiap rintangan
Hidup atas sesuatu yg dinamakan kenangan
Pada separuh jiwaku yg pergi
Tempat ini cuba memanggil segala memori
Cuba mengulang masa silam
Meronta utk kembali
Pada sesuatu yang takkan dapat diperolehi lagi
Ku dambakan jiwaku pada Ilahi
Kerana kau tahu apa yg terjadi
Serta apa yg tertaup dihati
Aku pasrah Ya Allah
Walau tangis dan sendu dalam munajat sujud padamu
Moga ketabahan engkau berikan padaku
Serta berkati setiap langkahku & langkah mereka yg ku sayangi
Apatah lagi langkah darahku ygmengalir dalam kedua tubuh keturunanku
Fajar saddiq menggamit pelbagai rasa
Mencantum segala memori
Namun separuh jiwaku tetap pergi.....


27 Dec 2014
Bukit Merah, Taiping

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME