Posts

Showing posts from August, 2021

CERITA BULAN KEMERDEKAAN SAYA

Image
CERITA BULAN KEMERDEKAAN SAYA #3 AL MUQADDIMAH Beberapa hari lepas sewaktu KONVOKESYEN MAYA Universiti Sultan Azlan Shah, ucapan oleh Sultan Perak, Raja Nazrin Shah adalah sesuatu yang menarik utk dilihat dalam konteks akademik dan isu semasa negara dan dunia hari ini. Tuanku ada memetik nama IBNU KHALDUN. Secara ringkas Ibnu Khaldun dilahirkan pada 27 May 1332 ( meninggal dunia pada 17 March 1406 )  dalam keluarga Aristokrat dan berasal dari Tunisia. Keluarganya orang besar Kerajaan dalam Kerajaan Islam Sepanyol. Dengan pendidikan dan ilmu yang tinggi Ibnu Khaldun pernah menjadi HAKIM BESAR MESIR. Al Muqaddimah merupakan karya agung beliau yang menjadi rujukan dunia hingga ke hari ini. Beliau merupakan ahli pelbagai cabang ilmu khususnya politik, falsafah, ekonomi, kebudayaan dan malah dianggap pelopor sosioligist yang pertama. Saya membaca Al Muqaddimah kali pertama pada tahun 1995. Secara ringkas IBNU KHALDUN melalui MUQADDIMAH mengeluarkan TEORI NAIK TURUN TAMADUN MANUSIA ada lima