MELAYU
MELAYU..... Kita terlalu menunding jari pada orang lain tatkala yang memegang tampuk pemerintahan dari YDP Agong hingga ke penggubal polisi dan pembuatan keputusan daerahpun 90 % malah mungkin lebih adalah Melayu. Jika kita lihat kemelut rasuah yang berleluasa terutamanya pada peringkat tertinggi kita boleh nilai sendiri. Dari MARA, isu Sabah, Johor, terkini Melaka, Felda, KBS, Malaysia Fidlot malah dalam sesetengah parti ahli digantung keahlian sbb beri rasuah pemilihan hingga 6 juta ringgit lebih 15 tahun lalu, rantai emas duit dan sebagainya. Tak lupa pasti isu membabitkan 1MDB yang mana ada melibatkan bangsa selain bumiputera disitu namun yang memegang tampuk kuasa jangan katakan taring malah gigi dan suara pun terbenam kedalam untuk memanggil insan terpilih Jho Lo balik dan disoal siasat !!! Meskipun awalnya ramai menteri bersetuju untuk Jho Lo dipanggil mengadap termasuklah YB KJ. FELDA, MARA dan 1MDB semuanya melibatkan syarikat buluh kasap di British Virgin Islan...