Posts

Showing posts from November, 2018

PERPADUAN, RUKUN NEGARA, PERJUANGAN : Aku Lelah

Image
Saya telah memberikan ceramah motivasi, kepimpinan dan kerjaya di Universiti dan sekolah secara percuma sekitar 20 tahun. Ini tolak ketika student saya melaksanakan program sendiri bersama rakan rakan untuk pelajar sekolah, tidak termasuk juga ketika itu saya menjadi fasilitator Akademi Keluarga Bahagia Malaysia ( Akrab ), fasilitator Excel, fasilitator program mat rempit dan remaja terlanjur serta menjadi fasilitator Biro Tatanegara. Sepanjang tempoh ini meskipun majority program saya adalah melibatkan orang Melayu namun saya TIDAK PERNAH lupa mengketengahkan isu UNITY dan PERPADUAN dalam penyampaian saya. Kenapa ?? Kerana saya amat sayangkan generasi berikutnya dan kerana saya amat sayangkan Negara saya. Namun beberapa tahun mendatang ini saya rasa PENAT kerana melihat sikap dan perpaduan kita. Kita boleh mengketawakan dan memainkan orang depress yang sedang mahu membunuh diri, kita terlalu taksub pada bangsa dan politik kita hingga jika kumpulan atau bangsa kita bersalah dan bua

Transitku Di Sini

Image
Transit ku di sini, sebagaimana transit diriku diberi Tuhan fana di maya Terus perjalanan Hentian sementara Buat pegembara jiwa Buat pengembara dunia Keduanya kembara Mencari kecantikan Mencari diri Mencari sakinah Buat kenangan Atau yang punya makna buat bekal Jika kenangan cantik mahu dicipta dengan kembara Maka perjalanan jiwa juga harus cantik buat bekalan hari muka Baik jalanan kembara mata Mahu kembara jiwa Pasti keduanya takkan mahu melihat keburukan Harus keduanya indah di mata Juga harus indah di jiwa..... Mie / Kuta / 4 March 2017

Lapangan Kenangan

Image
LAPANGAN KENANGAN Tatkala ku sedar memori itu hanya tinggal angan Namun hati cuba tetap meneguh pada tiang tiang rapuh Lapangan kenangan Perjalanan insan Merombak serta merungkai seribu pertanyaan Aku hanya hina dipandangan mata manusia Sekalipun jika ikhlas penuh membaluti jiwa Sekalipun jika kebenaran bertakhta Tabah harungi setiap rintangan Hidup atas sesuatu yg dinamakan kenangan Pada separuh jiwaku yg pergi Tempat ini cuba memanggil segala memori Cuba mengulang masa silam Meronta utk kembali Pada sesuatu yang takkan dapat diperolehi lagi Ku dambakan jiwaku pada Ilahi Kerana kau tahu apa yg terjadi Serta apa yg tertaup dihati Aku pasrah Ya Allah Walau tangis dan sendu dalam munajat sujud padamu Moga ketabahan engkau berikan padaku Serta berkati setiap langkahku & langkah mereka yg ku sayangi Apatah lagi langkah darahku ygmengalir dalam kedua tubuh keturunanku Fajar saddiq menggamit pelbagai rasa Mencantum segala memori Namun separuh jiwaku tetap perg