Posts

Showing posts from August, 2018

Melayu dan Hak Istimewa ???

Image
Saya terpanggil untuk menulis apabila membaca berhubung dengan seorang pelajar berbangsa Cina yang tidak dapat memasuki Universiti dan Kursus PILIHANNYA. Dalam hal ini saya melihat beliau bukanlah tidak mendapat tawaran masuk ke Universiti namun beliau ditawarkan kursus yang berlainan daripada yang dinginkannya. Bagaimanapun saya tak nafikan ada beberapa kes yang mana pelajar bukan bumi yang cemerlang tidak mendapat tempat dimana mana Uni Awam dan ini tidak sepatutnya berlaku bukan sahaja pada non bumi tapi pada mana mana warganegara Malaysia pun tanpa mengira latar bangsa dan agama. Ok, saya tidak mahu berbicara soal tersebut namun saya ingin menceritakan sendiri berkenaan diri saya, anak saudara saya malah beberapa lagi yang lain. Umumnya ramai melihat khususnya apabila menjadi Melayu kita akan mempunyai PREVILEGE dalam banyak perkara. Harus saya nyatakan disini bahawa arwah bapa saya bekerja dalam Pasukan Polis Hutan lebih 33 tahun dan ketika saya dilahirkan beliau rasanya mas