Melayu dan Hak Istimewa ???

Saya terpanggil untuk menulis apabila membaca berhubung dengan seorang pelajar berbangsa Cina yang tidak dapat memasuki Universiti dan Kursus PILIHANNYA. Dalam hal ini saya melihat beliau bukanlah tidak mendapat tawaran masuk ke Universiti namun beliau ditawarkan kursus yang berlainan daripada yang dinginkannya.

Bagaimanapun saya tak nafikan ada beberapa kes yang mana pelajar bukan bumi yang cemerlang tidak mendapat tempat dimana mana Uni Awam dan ini tidak sepatutnya berlaku bukan sahaja pada non bumi tapi pada mana mana warganegara Malaysia pun tanpa mengira latar bangsa dan agama.

Ok, saya tidak mahu berbicara soal tersebut namun saya ingin menceritakan sendiri berkenaan diri saya, anak saudara saya malah beberapa lagi yang lain.

Umumnya ramai melihat khususnya apabila menjadi Melayu kita akan mempunyai PREVILEGE dalam banyak perkara. Harus saya nyatakan disini bahawa arwah bapa saya bekerja dalam Pasukan Polis Hutan lebih 33 tahun dan ketika saya dilahirkan beliau rasanya masih Lance Korporal atau baru dinaikkan kepada Koporal.

Sepanjang disekolah rendah hinggalah ke Tingkatan 2 saya TIDAK memperolehi sebarang bantuan buku pinjaman. Jadi saya harus membeli buku teks. Selayaknya saya sepatutnya menerima bantuan buku pinjaman tersebut. Hanya ketika Tingkatan 3 kerana menetap bersama Angah saya dan kebetulan beliau seorang guru maka alhamdulillah saya adalah mendapat bantuan buku pinjaman hinggalah ketingkatan 4 - 6 ketika saya mulai tinggal di asrama.

Arwah bapa saya BERSARA ketika saya di Tingkatan 4 dan tahun 1990 saya memperolehi GRADE 1 ketika SPM. Memohon masuk ke Matrikulasi dan ITM ( kini UiTM ) namun saya tidak mendapat sebarang tempat. Saya juga memohon Kolej Tentera Udara dengan segunung harapan boleh jadi Fighter Jet Pilot namun TAK DAPAT. Minta Pilot Komersil pun tak dipanggil langsung !!! Bagaimanapun buku Dilemma Melayu yang saya baca ketika di Tingkatan 4 iaitu tahun 1989 membuatkan minda saya amat terbuka dan tercabar utk memajukan diri dan membuktikan oranh Melayu boleh berjaya. Tahun yang sama juga saya dijemput PEKEMBAR ( umno ) ke banyak program dan kursus mereka kerana saya pemidato dan debators sekolah. Bagaimanapun saya berhenti terlibat secara langsung dlm politik tahun 1993 dan aktif semula ketika di kampus hinggalah saya meninggalkan Pekembar pada tahun 1998.

Anyway kerana tidak dapat ke IPT, saya melanjutkan pelajaran saya ke Tingkatan 6. Saya memperolehi 4 Prinsipal dan 1 R ketika STPM tahun 1992 dan NILAI POINT saya lebih daripada cukup untuk memasuki Universiti. Namun sekali lagi saya dikecewakan dengan penolakan oleh UPU, Maktab Perguruan dan ITM.

Ketika ini rakan berbangsa India dan Cina saya ada yang telah memasuki Universiti Awam menggunakan SPTM yang kami sama sama ambil. Saya tiada pilihan sebaliknya bekerja sambil mengambil STPM buat kali kedua. Saya belajar sendiri di rumah setiap kali pulang kerja sebelah malam tanpa tuition tanpa guru.

Alhamdulillah saya memperolehi 5 Prinsipal dan gabungan kedua keputusan STPM saya melayakkan saya ke Universiti dan Maktab Perguruan. Bagaimanapun saya memilih untuk ke Universiti. Again, ianya juga BUKAN UNIVERSITI PILIHAN UTAMA SAYA, ianya juga BUKAN KURSUS PILIHAN UTAMA SAYA. Ketika mendaftar saya juga tidak punya pilihan terhadap JABATAN yang saya impikan. Saya memohon pertukaran namun ditolak juga !!!

Untuk pengetahuan ketika mahu memasuki Universiti arwah abah meminjam wang daripada PAK UDA saya sementara saya memperolehi gaji saya ( guru sandaran masa ni dapat gaji setiap beberapa bulan dan kena cashkan di Bank Negara ). Saya juga tidak mendapat BIASISWA sebaliknya ditawarkan PINJAMAN oleh JPA yang mana saya kena membuat permohonan. 4 bulan pertama di Universiti saya berbelanja hanya RM 1.50 sehari. Roti Sweetie 6 ketul jadi pujaan. 1 ketul untuk sarapan, 2 ketul untuk lunch, 2 ketul untuk dinner dan 1 ketul utk supper. Cukup 6 ketul.

Ketika dapat gaji gaji akhir saya dan pinjaman JPA,  saya bayar semula duit Pak Uda saya, bagi sedikit pada mak dan arwah abah dan selebihnya untuk saya. Bagaimanapun alhamdulillah kerana keputusan akhir peperiksaan/Tesis dan CGPA saya cemerlabg maka saya menghantar surat memohon pinjaman saya ditukar menjadi biasiswa. Sekali lagi ditolak tapi saya ditawarkan untuk hanya membayar 25% daripada total pinjaman. Sebenarnya peminjam PTPTN juga boleh membuat perkara yang sama dengan syarat keputusan peperiksaan kenalah cemerlang.

Samalah anak buah saya dan beberapa anak rakan dan kenalan beberapa tahun yang lalu. Masuk MATRIX EXPRESS yakni program 2 tahun menjadi SETAHUN. Result dapat CGPA 3.9 dan 4.0 flat !!! MINTAK MEDIC TAK DAPAT !!! Sebaliknya ditawarkan buat kursus sains yang lain. Mana yang merayu dan tak dapat maka masuk sahajalah mana yang ditawarkan sekalipun bukan kursus pilihan manakala yang ada kemampuan tanggunglah belajar sendiri.

Abang saya hanya seorang PESARA GURU dan beliau ingin capaikan juga cita cita anaknya maka beliau berusaha keras menghantar anaknya ke MESIR untuk belajar MEDIC. Begitu juga dengan rakan yang lain. Samada ke MESIR atau INDONESIA. Tanggungan sendiri. TIADA BIASISWA TIADA PINJAMAN. Ada yang meminjam sana sini, memohom derma, menjual tanah, berniaga kecil kecilan, jual rumah dan pelbagai lagi.

Ketika Mesir bergolak dan Kerajaan Ikhwan dijatuhkan melalui KUDETA ramai student MESIR MEDIC kita dipanggil balik dengan dinyatakan MARA akan memberikan bantuan. Ramai yang belum tahun akhir memilih untuk balik. Malangnya TIDAK SEMUA mendapat bantuan pendidikan antaranya anak buah saya walaupun asalnya dijanjikan lain oleh MARA dan telah pulang ke tanahair. Kini kos yang terpaksa
 ditanggung semakin meningkat kerana kos MEDIC di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding di Mesir termasuklah kos sara hidup !!! Beliau kini masih belajar di tahun akhir.

You see, ini bukan kes terpencil. It happens to most of us Malays Community eventhough kami dikatakan berstatus Bumiputera serta ada previlege tertentu. Kadangkala menjadi kami jauh lebih tidak mendapat previlege dan perhatian tersebut kerana kami majoriti. Rayuan, permohonan seringkali ditolak. Malah kadangkala perlu mengisi borang parti politik tertentu ketika itu jika mahu dibantu. Malah ada yang ditolak hanya kerana kami mempunyai pandangan politik yang berbeza. Diperli, diugut dan sebagainya. Kadangkala itulah hakikatnya menjadi Pribumi.

Ketika saya bekerja juga saya tiada punyai previlege. Saya memilih ke MNC sebelum ke GLC dan kemudian Govt Agency. Kebetulan alhamdulillah MNC yang menerima saya adalah Motorola dan Nestle yang banyak membentuk keperibadian saya juga. Alhamdulillah saya survive bukan sahaja dicompany ini yang bukan hanya Melayu minoriti namum big big bosses adalah bukan orang Malaysia bukan orang Melayu pun. Jika ada pun tidak ramai.

Saya masih ingat takutnya saya ketika diinterview lebih 20 tahun lalu kerana yang hadir ramai daripada Universiti Luar Negara. Apply Kadet Polis pun kena reject !!! Malah ketika masuk Universiti pun saya rasa kecil kerana selain bukan datang daripada keluarga senang saya juga dikelilingi oleh rakan daripada MRSM, Sekolah Sains malah Matrix yang saya anggap hebat dan pandai berbanding saya.

But, ianya bukan jadi penghalang untuk saya membaiki hidup saya dengan penuh amanah dan integriti sekalipun nilai ini kadangkala menyebabkan kita ditentang dan ditolak kesana sini, dikata itu dan ini  hanya kerana berpegang pada prinsip kita meskipun ketika itu saya telah ada dipuncak kerjaya ketika berusia 36 tahun.

Jatuh bangun saya atas usaha saya sendiri dan ketika " dipangkah " dan dikeji bukan oleh orang lain tapi dengan orang Melayu juga sendiri !!! If you guys think menjadi orang HR merupakan pilihan saya ianya juga BUKAN PILIHAN saya. 20 yrs ago I'm not even know what HR is all about eventhough being offered the job. Masa ni masih dipanggil Pengurusan Personnel.

Masa depan ??? Saya masih berusaha tanpa lelah kerana percaya Allah pasti merencanakan sesuatu yang baik untuk saya dan keluarga saya diluar sana juga. Untuk Mak dan Arwah Abah, terima kasih kerana membentuk saya menjadi insan.

Terima Kasih untuk yang masih bersama dan mempercayai saya hingga ke hari ini. Tidak ramai kawan begini namun kualitinya tinggi mereka ini termasuklah angah saya yang banyak membentuk sahsiah dan keperibadian saya agar lebih berdisiplin dan kakchik saya yang banyak membantu daripada zaman Uni hingga ketika saya mahu mendirikan rumahtangga.

* anda juga pasti blom pernah tahu ada seorang Pembantu Am Rendah di Universiti berhenti kerja tetap beliau bila dinafikan belajar dan sambung belajar guna duit sendiri dan kini menjadi pensyarah. Ada seorang lagi Guard di Universiti yang kini seorang Professor....its not about the previlege. Its about their hardwork !!!

** owh another thing !!! Kita tak ada kudrat juga utk pilih siapa boss kita. Dapat yang mampu bentuk kita alhamdulillah tapi dapat macam puaka you cant ask him to leave tau !!! Hahaha

Wallahualam

MieAli
6 Aug 2018
Bangi

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAKE UP CALL FOR PH

SEX EDUCATION & TABOO