PERPADUAN, RUKUN NEGARA, PERJUANGAN : Aku Lelah
Saya telah memberikan ceramah motivasi, kepimpinan dan kerjaya di Universiti dan sekolah secara percuma sekitar 20 tahun. Ini tolak ketika student saya melaksanakan program sendiri bersama rakan rakan untuk pelajar sekolah, tidak termasuk juga ketika itu saya menjadi fasilitator Akademi Keluarga Bahagia Malaysia ( Akrab ), fasilitator Excel, fasilitator program mat rempit dan remaja terlanjur serta menjadi fasilitator Biro Tatanegara. Sepanjang tempoh ini meskipun majority program saya adalah melibatkan orang Melayu namun saya TIDAK PERNAH lupa mengketengahkan isu UNITY dan PERPADUAN dalam penyampaian saya. Kenapa ?? Kerana saya amat sayangkan generasi berikutnya dan kerana saya amat sayangkan Negara saya. Namun beberapa tahun mendatang ini saya rasa PENAT kerana melihat sikap dan perpaduan kita. Kita boleh mengketawakan dan memainkan orang depress yang sedang mahu membunuh diri, kita terlalu taksub pada bangsa dan politik kita hingga jika kumpulan atau bangsa kita bersalah dan bua...