PERPADUAN, RUKUN NEGARA, PERJUANGAN : Aku Lelah

Saya telah memberikan ceramah motivasi, kepimpinan dan kerjaya di Universiti dan sekolah secara percuma sekitar 20 tahun. Ini tolak ketika student saya melaksanakan program sendiri bersama rakan rakan untuk pelajar sekolah, tidak termasuk juga ketika itu saya menjadi fasilitator Akademi Keluarga Bahagia Malaysia ( Akrab ), fasilitator Excel, fasilitator program mat rempit dan remaja terlanjur serta menjadi fasilitator Biro Tatanegara.

Sepanjang tempoh ini meskipun majority program saya adalah melibatkan orang Melayu namun saya TIDAK PERNAH lupa mengketengahkan isu UNITY dan PERPADUAN dalam penyampaian saya. Kenapa ?? Kerana saya amat sayangkan generasi berikutnya dan kerana saya amat sayangkan Negara saya.

Namun beberapa tahun mendatang ini saya rasa PENAT kerana melihat sikap dan perpaduan kita. Kita boleh mengketawakan dan memainkan orang depress yang sedang mahu membunuh diri, kita terlalu taksub pada bangsa dan politik kita hingga jika kumpulan atau bangsa kita bersalah dan buat salah sekalipun mereka harus dipertahankan kerana satu clan politik dan satu bangsa dengan kita. Tak kiralah Melayu, India atau Cina. SAYA PENAT kerana dikala saya mencanangkan UNITY ada pihak lain baik dari kalangan Melayu, India atau Cina terus menyiram minyak pada api. Lebih kecewa jika melihat ianya dilakukan oleh rakan sendiri.

Selepas 61 tahun MERDEKA kita makin jauh dari memahami antara satu sama lain. Kita lebih gemar post sesuatu video atau scene yang menggambarkan keburukan sesuatu kaum. Oklah katalah kita lari jauh selepas merdeka dalam asimilasi dan kejadian 13 May 1969 kemudiannya menimpa negara ( sbl tu banyak kejadian lain di Penang dan Pangkor contohnya ).

Kita perkenalkan DEB dan RUKUNEGARA. Namun DEB hanya menjadi tempat sekelompok manusia menjadi kaya manakala ramai melayu lain terlepas peluang atau malas mengambil peluang maka masih PERLU DITONGKAT sehingga kini. Kita menjadi bangsa yang amat takut jika tongkat kita hilang ( saya tak cakap soal bahasa, agama dan hak istimewa semata disini ). Maaf tapi kita perlu lihat juga bagaimana Benggali Carpet, Bangla, Indon dan Acheh yang berjaya meniaga disini juga sebagai contoh mencari ruang dan peluang serta kerja keras untuk kejayaan. Kita kerap mengALIBABAkan peluang selain OUTSOURCEkan mana mana pelung dan projek yang dipwrolehi. Bukan salah orang lain tapi salah kita.

Kita sering bercerita tentang MARUAH Orang Melayu namun kita lupa maruah kita cukup murah dibeli dengan harga beberapa puluh dan ratus ringgit sahaja utk jadi samseng dan utk dibeli undi !!! Utk buat kacau bila ada program orang lain. Malah maruah kita tergadai dengan isu dadah, mat rempit, rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan banyak lagi.

Sikap kita menentukan MARUAH kita bukan slogan dan jeritan berapi api semata namun solat masih tidak cukup 5 waktu dan masih gagal memanjat tangga masjid yang hanya beberapa takuk !!! Akhlak kita sebagai Muslim kita gagal tonjolkan hingga bukan Muslim makin jauh dan makin confuse dengan kepercayaan kita sebagai agama yang adil, baik, aman, pertuturan penuh hikmah dan pelbagai lagi.

RUKUNEGARA yang kita wujudkan hanya sekadar slogan dan piagam didinding tanpa ada rasa dan nilai di hati, jiwa dan perasaan. Jika BRITISH mengamalkan pecah dan perintah utk menguasai kita sebenarnya kita secara sedar atau tidak sedar masih mengamalkan perkara yang sama. Asimilasi kita gagal berbanding beberapa negara jiran kita. Kita lari terlalu jauh dari matlamat dan dasar asimilasi ( jika ada ) selapas merdeka dan kemudiannya selepas 13 May 1969.

Saya berpandangan sudah tiba masanya sistem pendidikan disusun semula. Dasar asimilasi yang lebih baik harus diterapkan. Kita WAJIB punya SATU SISTEM PENDIDIKAN YANG ASAS dalam mana mana ALIRAN sekalipun. Kita harus mengwujudkan SATU ASAS SISTEM PENDIDIKAN NEGARA berasaskan BAHASA MALAYSIA tanpa mengetepikan kepentingan Bahasa Inggeris serta Bahasa Ibunda pelbagai kaum di Malaysia. Tanpa juga mengetepikan KEPERCAYAAN masing masing. Sekolah Sama Waktu manakala petang adalah untuk pendidikan moral, agama / kepercayaan dan lain lain. Memanglah sukar namun kita harus mulakan langkah kecil ini untuk menempa sejarah pembentukan bangsa dan negara yang lebih besar.

RUKUNEGARA tidak boleh lagi menjadi SLOGAN semata namun harus menjadi PROGRAM yang mana khusus dan berperingkat dari sekolah rendah, menengah dan peringkat universiti dalam konteks kenegaraan agar mewujudkan perpaduan dan kefahaman terhadap RUKUNEGARA serta PERPADUAN. Program ini boleh hadir dalam bentuk pembudayaan Rukunegara dan Perpaduan melalui aktiviti pemahaman, permainan, game, gamification, classroom training, aktiviti luar, team building, kefahaman cross culture dan program kemasyarakatan. Bermula dari sekolah rendah, menengah hinggalah ke Universiti. Ini perlu bagi memupuk kefahaman dan perpaduan. Kita mahu ianya SEBATI dalam jiwa tiap tiap anak Malaysia !!!

Seriously saya penat. Penat melihat karenah kita. Kita tidak peduli lagi isu integriti, kita menyalahkan orang lain jika kita gagal, kita FAILED to do a right thing dan kita bercakap seolah olah kita tiada akal fikiran. Jahat atau baik bukan hakmilik mana mana bangsa atau agama. Sikap kita menentukannya.

Jika berlaku rusuhan kaum atau agama dan jiran anda beragama lain. Ketika orang lain mulai menyerang memaki hamun jiran anda itu kerana berbeza bangsa dan kepercayaan adakah kita akan mempertahankan mereka, membiarkan sahaja atau turut serta kerana amarah kita ??? Ingat jika kita bantu selalunya kita akan dilihat sebagai petualang dalam bangsa kita sekalipun we are doing a right thing. YES it is not easy to say and do a ringt thing. It is not easy to have integrity. Kita akan punya banyak musuh dan dinilai berbeza. I've gone through this. Saya bayar harga tinggi for it.

Dalam kes Seafield yang menyerang kuil tersebut TETAP SALAH atas tindakan dan sikap mereka, yang menyerang bomba dan merusuh juga salah atas tindakan dan sikap mereka. Jika kita memilih untuk menerima setiap mereka ini bersalah bukan mengapikan dan keluar pelbagai statement yang hanyir serta malu untuk saya baca kita takkan pergi sejauh ini. Kita akan dapat atasi ini semua dengan lebih baik. Negara ada undang undang dan semua pihak harus menghormatinya. Semua yang bersalah harus dibicarakan dan dihukum terutama mastermindnya. Ini tidak ada pihak menangguk diair keruh hingga menyatakan kerasa kesusahan hiduplah makan mereka mengambil upah menyerang kuil. Apa bodoh punya statement sebegini !!! Mengapa ada surat dan sijil silat ?? Mungkin kita lupa ada kereta penyerang yang ditinggalkan dan dibakar diterbalikkan etc dan disinilah dokumen ini diperolehi. Polis pun telah mengambil semua yang ditemui bukan hanya sijil tapi IC,wallet, kasut dan macam macam lagi. Biarlah polis menyiasatnya. Kita bantu polis dengan diam dan bukan mengapikan. Sebarkan UNITY bukan minyak utk menyemarakkan api. Jadilah insan yang menyatupadukan bukan memecahbelahkan.

Suka atau tidak kita harus teruskan hidup dalam negara ini dengan kepelbagaian bangsa dan kepercayaan. Ini hakikat yang harus kita terima wahai rakan Melayu dan rakan bangsa lain terimalah hakikat juga negara ini majoritinya adalah Melayu dan Islam agama rasminya. Ini hakikat kita semua harus terima. Kita perlu meneruskan hidup bersatu padu membina negara sebagai bangsa dan rakyat Malaysia. Asal usul kita sama. Kita punya moyang yang sama !!! 

Dalam bulan December saya akan ada satu lagi program dengan pelajar. Ini yang terakhir untuk tahun 2018. Samada saya perlu lagi sebarkan unity entahlah jerana saya penat. Penat doing a right thing namun akhirnya API yang kita lebih suka dan percaya utk dengari, ikut mahupun turut serta.

Tiada apa untungnya jika kita bergaduh sepanjang masa. Palestine, Yaman, Iraq, Afghan, Myammar dan banyak lagi. Semua pihak rugi dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembangunan negara. Barang jadi mahal, keselamatan tidak terjamin malah pendidikan anak anak kita pun tidak boleh berjalan ke dengan baik. Kerja dan pelaburan juga tiada. Inikah yang kita mahu ???

Abaikan statement dan post Ahli Politik setengah masak tak kiralah dari pihak manapun. Abaikan post dan pemikiran tahi CYTRO CYTRO yang mengapi apikan situasi !!! SILA ABAIKAN !!!

Ya, saya mahu berhenti menulis juga sekarang ini walaupun banyak lagi ada dalam kepala namun saya penat. Ibarat bercakap pada dinding kadangkala dan seringkali menerima balasan yang mengapikan dan beralasan. Cukup cukup PENAT !!!!

Finally whether you are Muslim, Hindu, Buddhism or Christians , Melayu, Cina atau India or lain lain,  I wanna ask you ONE QUESTION : Adakah agama dan budaya anda semua mengajar anda melakukan tindakan merusuh, merosakkan rumah ibadat, memprovokasi, memaki hamun dan mencederakan orang lain ???

Wallahualam

MieAli
29 Nov 2018
Bandar Baru Bangi

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME