CHARITY JOB VS MEDIA SOSIAL

Saya kira saya tak larat utk explain about this atau menulis lagi about this. Sometimes feels like giving up. Perhaps this is the final one i'm gonna write about this.

Charity Job !!! Kerja kerja kebajikan why some of us especially yang manage some small up to big project share the activities. 

Betul saya setuju 300 % tangan kanan beri tangan kiri tidak tahu namun jika niat kita baik kita kongsikan atas nama kebaikan tiada apa apa kesalahan pun disitu.

Why some of us yang organized charity project share the info ?

1. Kami ingin inspires others. Supaya orang lain berminat utk lakukan sesuatu yang sama. Jika bukan wang dan tenaga namun share project berkaitan pun cukup baik dah drp mengata dan memghina seolah yang organize ingin menunjuk nunjuk. Jauh sebenarnya daripa utk menunjuk. Tanyalah rakan rakan lain yang buat perkara yang sama. Tidak ada dalam kamus istilah berkaitan.

2. Kamii perlukan dana dan bantuan anda utk realisasikan aktiviti berkaitan. Trust me kadangkala buat charity job duit sendiri pun banyak pakai contohnya whatsapp, dataplan, sms dan hubungi rakan rakan lain. Kos transaction bank jika yang organized tu individu dan bukan ngo berdaftar. Berapa banyak duit sendiri terpakai bukanlah soal disini namun komunikasi harus wujud agar maklumat bantuan yang diperlukan itu sampai.

3. Kami hanya sediakan platform kerana ramai sebenarnya yang ingin membantu malah kadangkala bermulanya sesuatu bantuan itu kerana cadangan dari rakan rakan sendiri.

4. Kami kongsikan gambar dan ceritanya bukan utk menunjuk namun utk dilihat dan dibaca oleh yang memberikan bantuan dan sedeqah. Setidaknya mereka tahu kemana sumbangan itu pergi.

5. Ada yang bertanya dapat pahalakah jika tolong bukan Islam ? Ye mmg antara yang dibantu ada bukan Islam dan percayala walaupun saya jahil banyak kurang sana dan sini kita tolong siapapun akan dapat pahala sekalipun jika yang kita tolong itu haiwan sekalipun.

Seriously tak ada satu sen gaji atau apa pun dapat sebenarnya bila organize perkara sebegini. Kadangkala kena caci maki pun adalah lagi kadangkala ditegur ahli politik juga seolah memalukan mereka jika tidak melibatkan mereka ( bukan semua ). Tapi kepuasan dihati adalah sesuatu yang tak terungkapkan. Saya percaya itu jugalah yang dirasakan oleh yang memberi bila lihat gambar dan wajah ceria orang yang kita bantu.

Jadi terpulanglah pada penilaian masing masing. Dalam bbrp aktiviti yang saya laksanakan baik dari idea saya, dapat inspirasi dari rakan rakan yang buat program lagi besar atau dari cadangan kawan kawan boleh saya katakan antara 30 - 40 % sumbangan ada juga datang dari orang yang tidak saya kenali dan dari pelbagai bangsa. Selebihnya dari rakan yang tak putus support aktiviti ini.

Maaf sekalipun ada saranan saya tidak punya kemampuan utk uruskan makanan percuma buat yang memerlukan sempena SPM & STPM. Bagaimanapun saya akan ikhtiar cari jalan utk bantu bbrp sekolah menyediakan alatulis utk SPM dan STPM. 

Next Project mungkin ROTI JOHN utk student universiti yang memerlukan walaupun one time tapi kita sediakan utk para pelajar ini.

Bersama ini saya sertakan bbrp gambar drp program PT3 recently dan lihatlah wajah anak anak ini. Moga memberikan kepuasan pada anda yang mengumbang dan inspire yang lain utk turut serta atau melaksanakan perkara yang sama. This project actually turut bantu pengusaha kantin sekolah secara tidak langsung yang mana mereka juga merupakan pengusaha kecil.

Jazakallah khairan kathira.

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME