PROFESSOR SERBA TAHU

Sejak kecil saya memang suka membaca. Baik ketika itu buku almanac kecil yang ada pelbagai maklumat tentang dunia. Mungkin saya kurang minat bab bab maths tapi bila kerja saya tiada pilihan kecuali kena pupuk diri menganalisis data dan nombor. Namun, membaca, menulis artikel, review, komen & menulis puisi memang minat saya sejak sekolah lagi.

Saya juga suka bercampur orang, extrovert, speaks my mind dan suka share pengalaman saya sendiri dalam kebanyakan perkara.

Sewaktu saya disekolah dan di universiti saya punya guru, pensyarah dan rakan yang kami panggil sebagai PROF SERBA TAHU dan juga yang digelar KAMUS HIDUP / BERGERAK !!!

Bila saya kerja kebanyakan ketua saya adalah jenis yang sama. Mentor saya salah seorangnya kini merupakan Pengerusi Bank termuka antara orang yang saya look up as Prof Serba Tahu dan Kamus Hidup. Beliau punya pandangan dalam almost everything. Beliau masih antara orang yang sqya look up hingga hari ini. Masih tempat saya pohon pandangan dan nasihat.

Apa yang saya lihat mereka ini adalah jenis suka membaca, bergaul dan bercampur dengan pelbagai bentuk masyarakat dan level masyarakat tanpa kira taraf ataupun latar politik.

Samada betul atau tidak pandangan mereka pandangan remains as pandangan melainkan mereka menipu. Samada kita terima ataupun tidak bergantung pada bias kita samada sebab bias politik, bias sumber, bias tahap pergaulan, bias bacaan samada kita mentelaah atau baca yang terpilih atau bias dari sumber yang kita perolehi.

Bagaimanapun saya kagum pada mereka. Orang Melayu, Orang Islam dan penuh maklumat, penuh ilmu pengetahuan dalm banyak aspek, tidak jumud dan berpandangan luas. Yang mana boleh kita belajar, dengar dan kongsikan. Mana yang bukan Melayu dan bukan Islam pun saya tetap kagumi anda juga.

So utk semua Prof Serba Tahu dan Kamus Bergerak yang saya kenal terima kasih kerana memberikan inspirasi kepada saya.

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME