UNDI ROSAK & GE 14

Ada 2 isu yang berbangkit bekaitan GE 14 lately. 1 isu nak rosakkan undi dan ke2 isu tak nak mengundi.

Saya fikir saya tak perlu perjelaskan dengan lanjut kerana gambar ini boleh menceritakan sejuta makna.

Ketika Trump bertanding hampir separuh yang layak mengundi tidak mengundi. Ini tidak termasuk isu undi rosak. Hakikatnya walau majoriti rakyat tidak menyukai Trump dan ada sedikit isu dengan Clinton ia menyebabkan maslahat lagi besar terjadi. TRUMP WON THE ELECTION.

Kalau anda rasa dengan merosakkan undi dan memilih tidak mengundi mampu mengubah hasrat anda maka jangan merungut ketika kita melihat keadaannya masih sama.

Sesebuah RULING PARTY yang baru dilantik sebolehnya akan cuba memenangi hati rakyat selain mengambil tindakan atas isu rasuah, kecurian wang dan integriti yang berlaku dalam negara. Jangan diambil kira dakyah sesetengah pihak kerana hak anda terjamin selain sesetengah perkara hanya mampu diubah jika Agong & Sultan sebulat suara bersetuju mengubahnya.

Berbeza dgn Ruling Parti yang terlalu lama memerintah mereka dan penyokong berada pada tahap SELESA dan pada kebanyakan masa tidak berpijak dibumi nyata lagi dgn statement mereka. Kita marah tapi kita pilih utk rosakkan undi atau tidak mengundi. Apa yang kalian cuba nak buat end up nya disini ?? Bukan mudah utk ubah dakyah yang diketengah selama 60 tahun. Tadi sahaja saya terpaksa terangkan pada satu grup dan bbrp induvidu bahawa yang ingatkan jika berubah Kerajaan maka tutuolah gomen dan kena berhentilah kakitangannya. Saya terangkan yang berubah hanya Ruling Party. Kerajaan kekal disitu termasuk kakitangannya. Jika berubahpun hanya pada dasar dan polisi. Ini perkara biaasa malah hari ini pun dlm ruling party sedia ada ianya berlaku. Malah di MNC dan GLC malah Kementerian sekalipun jika berlaku perubahan kepimpinan dan pengurusan biasalah akan ada sedikit perubahan dasar dan polisi melainkan polisi huru hara maka sudah pasti ianya wajib dirombak.

Sebagai sebuah negara berorientasikan demokrasi selepas 4 - 5 tahun jika kita melihat banyak kepincangan dalam Ruling Party maka kita bangkitkan merubahnya. Tidak kiralah samada mereka itu BN mahupun PH !!! Kita yang tentukan. Bukan mereka.

Some reformis ( hey i'm there since 1997 & still disini ) mungkin tidak bersetuju dgn penamaan Tun. Saya tak nak menulis ttg ini lagi kerana saya telah mengupasnya sebelum ini namun sebagaimana saya pernah tulis sbl ini Tun bukan lagi dikelilingi oleh mereka yang kini duduk dalam Ruling Party sebaliknya dikelilingi oleh majoriti reformis. Its not gonna be easy for him dan trust me Tun learnt his lesson through a hard way today. Bezanya beliau cuma tak ke penjara dan tidak difitnah meliwat. Selain drp isu 1997 dan isu Reformasi saya tetap hormati dan kagumi Tun sebagai bapa pemodenan negara. Bakti beliau tetap saya sanjung.

Bbrp hari lepas saya duduk bersama rakan baik dari pihak Kerajaan, EC dan rakan yang terlibat selama ni bersama dalam PEMANDU, ETP & GTP. BN came to the stage desperate already & PAS know BN needs them not they need BN/UMNO !!! Kes Hadi vs SR jika bermula perbicaraannya di UK kelak segalanya akan terbuka seluasnya kerana ketika membaca 53 mukasurat balasan SR ke mahkamah jelas menunjukkan if Hadi go down few others will go down too.

Kita lupa AmBank disaman puluhan juta kerana isu Money Laundering melalui AMLA kerana isu 1MDB, SRC dan juga 2.6 billion. Bank kena tapi pelaku pelakunya lepas !!! Apa kalian mahu pelaku ini semua lepas dgn merosakkan undi dan tidak turun mengundi ?? Ingat jangan lupa berpuluh billion duit 1MDB masuk ke akaun yang salah isaitu akaun milik Jho Lo dan rakan rakan sebanyak 4 kali hingga memaksa 1MDB memindahkan hutang sebenar kepada MOF dan MOF yang menganggung segala hutang piutang ini.

Ini tidak termasuk hutang sedia ada 1MDB lebih 32 billion dan apabila bon dan sukuk lain matang dalam tempoh 5 tahun ini maka segala hutang akan bertambah lagi !!! Hari ini lebih 80 % urusan perniagaan kita dgn KOMUNIS CHINA bukanlah FDI sebaliknya pinjaman yang bakal mencecah 200 billion. Jika interest pada kadar 3.5 % sahaja pun jumlah BUNGA yg harus kita bayar adalah sebanyak RM 19 juta SEHARI !!! Jgn kita lupa 1MDB yang dicanang mulia selama ini oleh JASA dan machai kini diakui ada isu oleh PM sendiri. Mana pergi 2 pegawainya yang hilang dan gagal dikesan hingga kini ?? Sykt yang dikatakan terbaik ini tidak diaudit selama lebih 5 tahun malah tidak ada sykt lagi yang berani mengauditnya !!! Apa kalian mahu pelaku pelaku ini lepas dgn merosakkan undi dan tidak mengundi ??? Ingat segala kesan perbuatan ini sedang terkesan pada kita sedikit demi sedikit. Kita mungkin lepas namun anak cucu kita bakal menghadapinya.

Kini terpulanglah pada anda semua, jika dgn adanya PAS dalam PH dulu saya sudah boleh yakin kali ini bakal berlaku perubahan besar dalam pembentukan Ruling Party namun keluarnya PAS dan mulai mesra dgn para pelaku isu isu di atas membolehkan para pelaku menarik sedikit nafas lega kerana kapal yang bocor kini dan hampir karam ada yang sudi datang mengeluarkan airnya sekalipun kebocorannya masih tidak mampu dibaikpulihkan lagi !!!


Wallahualam...

Comments

Popular posts from this blog

MELAYU