KANAK KANAK TO REMAJA & LEADERSHIP ; Sila lihat post FB Attached

This is part of our life how leaders are made & created !!! Sedangkan kita di Malaya tak beri langsung dan keji student yang ingin menyuarakan hati rakyat !!! Dalam masa yang sama kita nyatakan student kini Jumud tak macam 60s - 80s !!! Sedangkan studentlah masa depan negara dan nadi kebangkitan perubahan rakyat dan negara di mana mana negara pun.

Saya terlibat dalam pelbagai aktiviti politik dan bukan politik sejak sekolah di tingkatan 4 ( dgn umno dan BN of course ). Di University tahun 1997 saya mulai berubah arah pandangan politik. Namun sebagai penuntut Sains Politik saya masih melaksanakan kajian saya tentang Melayu Baru dan Pemikiran Politik Tun Mahathir. Saya juga ada menulis Essei tentang Anwar Ibrahim berhubung pemikiran politiknya.

Sebenarnya pusing ikut mana pun, ditahan bagaimanapun end up setiap student akan buat pilihan sendiri. Razali dan Budiman yang merupakan rakan malah terlibat dgn Reformasi kini menjadi YB bukan dgn PH sebaliknya dgn BN. Jailani menjadi SU Sulit Kanan PM. Ada rakan yang sama turun bereformasi pernah menjadi SU Kanan MK2. Ada yang dahulunya menulis tesis tentang perjuangan dan pemikiran DSAI kini kuat menyokong BN. Ada yang menjadi Pegawai Khas bekas TPM dan ramai lagi.

Mereka ini bukan bermula selepas kerja semata namun sejak student lagi. Di Fakulti kami dahulu sekitar 90an Forum Politik dilaksanakan dgn terbuka dan semua Parti dijemput bercakap dan berforum. Almarhum TGNA sendiri kerap ke Uni kami. Tiada masalah.

Penglibatan pertama saya dalam politik ketika di Tingkatan 4. Bahagian Bagan Datoh dan Teluk Intan mengadakan program khas utk student terpilih di Sek Men Sains Teluk Intan. Saya dihantar sekali lagi utk program yang sama setahun berikutnya namun di adakan di Sek Men Khir Johari Sg Sumun. Jadi Politik disekolah ini saya tidak pelik. Ianya berlaku sejak dahulu cuma apa yang Tengku Adnan buat adalah terlalu obvious.

Kerana minat saya membaca maka buku yang banyak saya baca adalah Buku tulisan Tun M, tulisan DSAI, karya karya Prof Siddiq Fadzil, Hassan Haji Hamzah, Hamka, Zaaba, Nur Manuti, Syed Al Qutb, Hassan al Banna malah saya membaca buku buku laporan di koleksi " merah " universiti. Apatah lagi Uni saya mempunyai Perpustakaan Uni terbesar di Asia Tenggara. Malay Dilemma, The Asian Renaissance, Who Moved My Cheese, Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri, Menuju Ke Puncak, Motivasi Memburu Kejayaan, Falsafah Hidup, 10 Pesan Hassan Al Banna, Mengapa Saya Menganut Islam adalah antara buku yang beri kesan dlm hidup saya. Of course saya minat baca karya Stephen King & Sidney Sheldon juga.

Saya turut mengambil paper elektif perbandingan agama, sejarah peradapan dunia iaitu tentang Illuminati / Freemason / Perkembangan Yahudi dan NWO.

Sepanjang menuntut di Jabatan Sains Politik antara yang paling saya minati adalah Hubungan Antarabangsa serta Strategi dan Keselamatan Negara. Of course Budaya Politik Melayu ttp menjadi teras saya hingga saya menjadi fasilitator di BTN dan di program lain kemudiannya.

Namun ini semua cerita lama. Zaman student...namun ttp antaranya membentuk keperibadian dan pemikiran saya.

Nilai integriti yang saya pegang banyak diasuh oleh arwah abah dan emak saya. Kemudian dikembangkan bila saya mulai berkhidmat di Motorola yang ketika itu merupakan syarikat Fortune 100 yang mengamalkan integriti terbaik duduk 5 tangga teratas utk tahun ke 5 berturut turut. Nilai ini berkembang ketika saya di Nestle.

Ketika di GLC dan Govt Authority apabila kita mulai bawa budaya sebegini ianya merupakan pengalaman yang jauh berbeza. Bukan mudah seperti yang digambarkan. Terlalu banyak cabaran dan antaranya pernah saya kongsikan dan tuliskan dalam blog saya.

Anyway saya meninggalkan MNC ke GLC kerana saya percayakan konsep 1 MALAYSIA, ETP, GTP, NKRA dll. Saya mahu terlibat dengannya hinggalah saya kecewa dengan pelaku didalam perlaksanaannya.

Hari ini tadi ketika saya di KLCC kerana ada appointment dgn Petronas saya lihat semula KLCC dari luar dan dalam. Saya selami setiap satu impian dan cita cita saya. Saya kira prinsip saya jelas. Matlamat saya jelas. Mungkin tidak hebat dan tidak sesempurna mana namun setelah 20 tahun bekerja khususnya dalam bidang HR, Transformation, Organizational Development, Strategic Mgmt dan kini Biz Development/Marketing bila lihat kebelakang saya takkan percaya budak kampung anak orang kebanyakan ini telah melangkah sejauh ini dalam mencari pengalaman.

Sepanjang jalan ini saya temui pelbagai guru dan sifu yang membentuk leadership saya. Tidak kurang terjumpa mereka yang PUAKA juga sepanjang perjalanan ini namun itulah sebahagian lagi cerita yang mematangkan kita.

Leaders shld ;
1. Model the way
2. Inspires a shared vision
3. Enable Others To Act : Empowerment
4. Encourage The Heart
5. Challenge The Process : with courage

Cukuplah setakat ini. Ada masa saya menulis lagi....

Selamat malam semua. Assalamualaikum.
Fi amanillah...


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1876331049123677&id=908009612563863

Mie
Bangi
March 27, 2018

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME