DMAIC FOR UMNO

Pandangan saya apabila Zahid berkata segala duit rampasan ( dalam 26 jenis matawang ) adalah duit UMNO pada hemat saya adalah lebih baik diam. Lebih banyak cakap nanti terkait duit tu sumbernya 1MDB atau money laundering jangan kata Najib dan Zahid tapi dengan UMNO sekali tertarik jatuh tersungkur. Ingat ini merupakan kes berprofile tinggi malah melibatkan kesalahan berat dan besar terkait AMLA, RASUAH, PECAH AMANAH DAN PENIPUAN harta milik negara. So berhati hati dalam setiap tutur dan tindakan.
Saya juga setuju KP SPRM utk tidak bercerita banyak dan detail kerana mungkin boleh wujudkan unsur prejudis kerana beliau pegawai penyiasat. Meskipun saya faham memang beliau cuma menyambung siasatan sebelumnya yang diganggu dan diugut. Tapi diam dan berkata yang perlu buat masa ini adalah lebih baik.
Utk UMNO kalau mahu ambil pandanagn 2 cents ini ambillah. Instead biarkan CYTRO terus bekerja MEMALSUKAN BERITA dan MEMAKI HAMUN pandangan saya fokuslah kepada isu dalaman dan rebranding semula. Antara yang boleh dilaksanakan ;
1. Define
Semak semula objektif penubuhan dan prinsip umno. Ketaatan bukan kepada ketua tapi kepada prinsip. Jika ketua langgar prinsip dan tiada integriti dia akan jadi liabiliti jika terus dipertahankan bermati matian.
2. Measure
Kiralah dan lihat semula masalah yang wujud. Lihat segala statistik dan segala komen yang wujud daripada rakyat dan drp dalaman sendiri malah daripada lawan pun.
3. Analyze
Analisalah data data tersebut. Drp trend data pegilah ke pareto dan analisa setiap satu daripadanya kenapa setiap suatu berlaku dan kenapa rakyat menolak BN & UMNO. Salah satunya mmg Cytro korang cakap macam kedai kopi. Nak convince orang tapi kosong dan memaki hamun. Malah mencarut dan taksub. End up cytro sesama cytro syiook sembang sesama sendiri mengeji sana sini. Rakyat bukan bodoh dan sejuta kali lebih bijak drp JASA yang cukup malu cara kerjanya dan cytro yang terlalu taksub. Malah korang me jadi parti elit yang angkuh dimata rakyat.
4. Improve
Daripada segala ini buatlah pelan utk pembaikina dan penambah baikan. Seriously apa yang saya nampak hari ni hanya KJ & Hishamuddin serta bbrp lagi agak matang manakala orang seperti Azwan dan Lokman lagi damagekan apa yang dah damage. Dont fix damage by creating another damaging situation or action. Kj harus mencari muka baru bukan orang seperti Lokman, Azwan dan Nazir Hussein lagi dan bbrp yang hidup penuh gaya elit. Once dah ada improvement plan buatlah ACTION plan dan laksanakan dengan penuh prinsip dan berintegriti serta berani. Kalau tak korang masih macam duduk zaman feudal.
5. Control
Create control proses supaya tak ulangi kesilapan dan jika ada bagaimana tindakan harus diambil. Ianya mungkin melibatkan peflembagaan korang, peraturan parti dan macam macam lagi. Termasuklah bab bab duit, makan duit dan INTEGRITI.
Seriously sebagai MELAYU saya juga malu dengan apa yang berlaku. Bayangkan berapa ramai bangsa lain yang terlibat berbanding Melayu. Ada MCA & MIC serta GERAKAN terlibat ??? Ada ?? Amanah telah dikhianati disebalik slogan hidup Melayu dan sebagainya korang sendiri rosakkan amanah utk jaga Agama, Tanahair dan utk jaga ORANG MELAYU. Jangan dilupa ramai juga Melayu yangteraniaya diluar sana kerana tindakan sebahagian pemimpin dan sikap korang. Cerita saya akan saya letakkan ketepi walaupun marah ini meluap tinggi.
So terpulang nak terima atau tidak. Saya boleh diam dan fikir lantaklah korang tapi saya sebagai rakyat ingin pembangkang yang baik dan kuat serta berintegriti dan kalian harus mengisi ruang tersebut.
Wallahualam
MieAli
Bangi
24 May 2018



https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/342822/kembalikan-wang-umno

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME