PEMBABIAN DAN PENGKAFIRAN

Suatu masa saya penat menerangkan berkenaan MAGGI apabila ramai rakan dan public bertanya betulkah MAGGI ada racun dan Maggi Cake tu dililinkan. Some choose to believe and some choose not too. Katanya saya berkepentingan. What they dunno I left NESTLE way back in 2010 but I choose to tell the truth based on my knowledge coz I've seen the process dari tepung sampailah Maggi tu di makan.

Suatu masa lain pula saya menjawab pelbagai pertanyaan rakan bukan muslim berkenaan khitan kanak kanak perempuan. Mereka faham berdasarkan apa yang mereka dengar dan lihat khususnya apa yang berlaku dalam sesetengah budaya di India dan Afrika. Hakikatnya bukan begitu. Meskipun ambil masa panjang utk saya jelaskan khitan kanak kanak perempuan dalam Islam bukan sama sebagaimana yang digambarkan dinegara berkaitan dan oleh media setidaknya saya berjaya memahamkan rakan rakan bukan Islam berhubung maslahat ini.

Namun ketika saya hadapi bangsa saya dan rakan seagama saya dalam menerangkan sesuatu yang saya tahu dan punya pengalaman melaluinya bukan semudah dua perkara di atas. Kalau perkara itu terkait agama dan bangsa dengan mudah bukan sahaja saya akan dimaki namun dibabikan. But saya maintain bertutur sebaik baiknya walau dibabikan berkali kali. Yang kita hormati pun tidak lagi mampu hormati kita pula dalam wadah bicara kerana terlalu terikat dan taksub dalam isu kepartian.

Bukan baru CEO, PENGURUSAN KANAN, LEMBAGA PENGARAH DAN PENGERUSI baik GLC mahupun Agensi Kerajaan even Jabatan Kerajaan mempunyai BUKAN MELAYU dalam organisasi tersebut. Sesetengahnya seperti DANAHARTA mereka adalah kakitangan yang lama sejak dari dahulu lagi dan bukan baru mereka menguruskan harta kerajaan. Namun dengan mudah kita memilih utk mengkafirkan semuanya. Kenapa selama ini tiada isu dan suara namun hari ini ianya menjadi salah merata rata berhubung hal ini.

Saya tidak mahu menulis lagi berkenaan TH kerana saya telah menulisnya sebelum ini. Langkah Pengurusan TH tersebut adalah bijak sebagaimana langkah bijak MB Terengganu yang akan menutup, menggabungkan atau mengecilkan operasi lebih 50 GLC milik Kerajaan Terengganu kerana menghadapi masalah yang sama sebagaimana yang sedang dihadapi oleh GLC GLC pusat jua. Saya pernah duduk bantu Kerajaan sebelum ini dalam hal membabitkan Transformasi. InsyaAllah saya tahu baik buruknya dunia korporat walaupun bukan setiap organisasi kita boleh pukul rata sahaja kerana setiap satu punya dinamika yang berbeza beza.

Cukup teruk sifat politik kita hari ini apabila pemalsuan berita dan fitnah lebih menjadi bahan rujukan. Bila bangsa dan agama jadi bahan utk kembali berkuaasa dan meraih sokongan. Jauh lebih teruk daripada apa yang pernah saya lihat sepanjang 46 tahun saya hidup.

Saya melihat orang Melayu masih terikat dengan Pemikiran NEO FEUDAL sebagaimana yang pernah diberitahu Pendita Za'ba lebih setengah abad lalu. Kalau ikutkan tulisan Prof Syed Hussin Al Atas beliau memanggilnya MINDA TERTAWAN. Kedua benda ini akan membentuk apa yang dipanggil Minda Binari dan Prof Tariq Ramadhan ada menulis hal ini boleh jadi lebih parah jika membawa hingga ke arah Dogmatic Mind. Hal ini akan menyebabkan minda hanya ternampak HITAM DAN PUTIH tanpa akan melihat lagi warna warna lain. Menyedihkan !!! Dan sesetengah Parti Politik dan Group Melayu masih mempunyai sifat FEUDAL yang sangat tebal dan tinggi terarah kepada Dogmatic Mind walau ketika negara menghampiri gerbang 2020.

Suatu ketika MORSI berjaya menjadi Presiden pertama Mesir yang dilantik melalui sistem Demokrasi dan diundi. Beliau percayakan kebebasan media dan kebebasan pihak lawan utk masuk dan pergi ke mana mana sahaja. Apa yang berlaku Al Sisi mengusai media dengan memaparkan berita tidak benar, palsu dan berita yang diselewengkan seolah olah Morsi dan Kerajaannya lebih teruk dan buruk dari Kerajaan Hosni Mubarak sebelumnya.

Akhirnya rakyat terpisah pisah kepada pelbagai sokongan kerana perkara perkara sebegini. Morsi dan Kerajaanya digulingkan Al Sisi dan mostly kebanyakan mereka dijatuhkan hukuman mati termasuklah terhadap Morsi sendiri.

Dalam negara hari ini perkara yang sama semakin terjadi kerana sifat DESPERADO sesetengah pihak manakala ada sedikit kelemahan dalam menguruskan negara buat sebuah KERAJAAN yang baru dan bukan Kerajaan yang bersambungan seperti sebelumnya selama lebih 60 tahun.

Certain pihak lebih suka melihat kegagalan dan rusuhan dari berikhtiar bersama memajukan negara. Worst part many fall to those kind of news. Sebar tanpa kira betul atau tidak ditambah maki hamun dan carut marut. Malah dalam sebuah Grup Penyokong Pemuda Islam saya malu melihat post post dan komen komen yang ada. Jauh daripada Islam yang sepatutnya kita tonjol dan gambarkan.

Saya sayangkan negara ini. Seawal usia saya 16 tahun saya mulai bercakap tentang KENEGARAAN, JATIDIRI ORANG MELAYU DAN ALAM SEKITAR dan selama 20 tahun saya masuk ke sekolah awam dan Universiti  awam yang jemput utk saya berikan motivasi, ceramah kerjaya, leadership, komunikasi dan integriti tanpa saya minta bayaran sesen pun walau ketika saya memerlukan namun saya sedih melihat kita bukan semakin matang ke depan namun kita semakin melangkah jauh kebelakang tanpa kematangan dan lari jauh ke FAR RIGHT dengan ketaksuban politik yang parah. Moderate bukan lagi pilihan dalam keinginan berkuasa sebaliknya apa sahaja cara tanpa kira betul dan salah lagi.

Semoga ada masa depan yang lebih baik buat negara tercinta. Sayang saya pada negara tak pernah luak sedikitpun dan bakti serta perjuangan akan saya teruskan walaupun dengan cara sendiri.

Wallahualam.

MieAli
26 March 2019
BBBangi

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME