I'M NOT A CROOK / WATERGATE


WATERGATE !!! Sewaktu saya masih student dan mengambil jurusan Sains Politik saya ada membacanya.

Do you know why being a PRESIDENT OF THE UNITED STATES OF AMERICA masih menyebabkan NIXON boleh jatuh tersembam ???

Kerana PENGUASA DAN WARTAWAN PUNYA ETIKA SERTA INTEGRITI SERTA TIDAK MELINDUNGI BELIAU !!!

Watergate bukan lagi menjadi isu politik namun isu masa depan negara Amerika ketika itu. Penguasa dan Media tidak mahu lagi mempunyai seorang Presiden yang tidak punya integrity serta menggunakan segala kuasa yang ada ditangannya demi kepentingan dirinya dan kuncunya.

Ini berlaku disebuah negara yang kita amat benci dengan dasar luarnya khususnya melibatkan Palestine dan sebagai Polis Dunia !!!

Disini apabila rakyat bercakap tentang politik rakyat disuruh masuk politik !!! Sedangkan rakyat berhak bercakap politik bila bila masa kerana rakyat yang memilih ahli dan parti politik mereka. Hidup dan masa depan rakyat juga terletak dan ditentukan oleh DASAR POLITIK PARTI PEMERINTAH sekurangkan utk 4 - 5 tahun akan datang mwlainkan kerosakan yang dibuat itu terlalu besar hingga bakal merosakkan negara bergenerasi.

Dalam konteks Malaysia kita juga sering ditakutkan dengan doktrin melibatkan perkauman dan agama sedangkan kita punya hak utk memilih sesiapapun utk tenpoh 4 - 5 tahun utk melihat sebarang perubahan dasar atau merasai angin yang lain. Kita jadi rakyat yang terlalu taksub pada satu satu label hingga kadangkala kita butakan mata utk melihat persekitaran.

Logiknya Melayu masih majority di Malaysia dan drp YDP Agong, PM, TPM, majoriti menteri malah askar, polis, penggubal dasar dan pembuat keputusan dalam Kerajaan adalah lebih 90 % MELAYU. Sebarang perubahan hak istimewa orang Melayu memerlukan persetujuan sepenuhnya MAJLIS RAJA RAJA MELAYU. Setiap rakyat tak kira kerja dimana sekalipun punya hak memgundi sesiapapun dan dilindungi dibawah Perlembagaan. Kerajaan kekal ada ditempatnya yang jika berlaku perubahan sekalipun hanyalah pada siapa PARTI PEMERINTAHNYA.

Anyway dalam kontek Watergate tadi rakyat mula melihat keperluan masa depan mereka serta integrity dan sikap pemimpin. Penguasa dan wartawan beretika tidak mahu melindungi dan mewarwarkan berita palsu.

Hakikatnya kadangkala di TV dan Media kita sampai ke peringkat Pemimpin mahu dikenang dan dipuji puji melambung atas apa sahaja mereka lakukan hingga sebarang teguran dan suara rakyat yang tidak sama dianggap pengkhianatan sedangkan pemimpin wajib berkhidmat utk rakyat demi kebaikan rakyat demi masa depan rakyat. Kami berhak bersuara atas setiap satu perkara dalam negara membabitkan dana dan kepentingan awam apatah lagi melibatkan masa depan negara.

Bagi saya jika ada penguasa dan pihak yang contohnya memainkan secara media dan secara teknikal isu air di Selangor contohnya adalah sangat TIDAK JANTAN malah mengetepikan segala kepentingan rakyat demi kemarukkan kuasa politik. Seriously kami di Selangor cukup matang untuk menilai insyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

SAYA, AKU, ANA & AYE....

LA GEAR

Pemandu Pelancong PART TIME