ERA PERJUANGANKU...

Alhamdulillah, 1998 bangkit, tangis, gas pemedih mata, pancutan air malah duduk lokap..... its worth !!!

Tun, mohon jangan jadikan parti ini ELIT sebagaimana mereka dan jadikan ianya parti rakyat yang sebenar. Parti marhaen kami.

Lahir dalam keluarga yang asalnya kuat UMNO dan BN ketika menuntut Sains Politik di Universiti saya lebih kenal politik, BN & UMNO sekalipun penglibatan saya dalam UMNO bermula seawal hujung 1989 ketika baru tingkatan 4 di Bagan Datoh. Tingkatan 5 & 6 pelbagai kursus dijalani. Kuatnya UMNO saya dulu sampai saya brainwash roomate saya hingga sokong UMNO & ingin bawa bakal anak suatu hari menyanyi lagu warisan dan umno di Bangunan UMNO sendiri. Namun hingga kini saya kekal tidak mwndaftar dgn mana mana parti politik.

1998 saya menyoroti dunia Reformasi hingga saya pegun & insitu dalam politik dan komen/penulisan mulai 2004 kerana kesibukan tugas di Motorola.

2009 ketika di GLC dan ketika Najib memperkenalkan 1Malaysia serta ETP, GTP & NKRA saya mulai meminati Najib meskipun jiwa masih dgn Reformasi. Namun pengalaman yang dilalui, parahnya jiwa mempertahankan integriti serta perjalanan kerjaya menjadi sukar dgn fitnah dan surat layang kesan kerana to do a right thing dan keras pada stand dan prinsip buat saya makin jauh daripada umno dan Najib semula.

Saya tidak mahu menulis tentang Tun dan penerimaan saya kerana tahun lalu saya telah menulisnya. Namun sepanjang hidup beliau tetap saya hormati sebagai icon bapa pemodenan Malaysia.

Kini Kita Berubah !! Rakyat menjadi semakin dewasa dan matang dalam politik dan isu isu negara. Terima kasih pada semua rakan, calon dan pentadbir yang percayakan saya dalam menganalisa dan menulis serta menyediakan data dan points fakta menggunakan data Kerajaan dan Authority sendiri. Bukan tugas mudah mengolahnya dalam bentuk mudah difahami. Terima kasih pada yang sabar dgn saya kerana saya tidak sukakan provokasi dan maki hamun. Sekalipun kita bergerak sendiri tanpa bayaran apapun saya hargai segalanya.

Terima kasih pada rakan rakan termasuk rakan yang pulang balik hari drp Jeddah, UK, Korea, Melbourne & Jepun utk mengundi. It worth people. Its worth !! Terima kasih pada yang menyokong usaha mengwujudkan dana utk membantu rakan rakan kita pulang meskipun kita hanya membantu jumlah yang kecil berbanding orang laib but 1 undi itulah tetap kejayaan kita.

Selamat Datang Malaysia yang baru. Islam tetap agama saya dan Melayu tetap jatidiri saya. Dan saya BANGSA MALAYSIA. Doa saya agar kalian membentuk Kerajaan yang berintegriti dan amanah demi masa depan negara serta anak anak saya dan masih banyak kerja harus dilaksanakan terutama siasatan dan kajian melibatkan kepentingan negara.

Semoga Allah merahmati Malaysia dan kita semua.

Mie
Bangi 10 May 2018

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME