Pakatan Harapan version of OUR ICEBERG IS MELTING

I would like to put a write up about LEADERSHIP but looking at things happening in TV & NEWS lately let's talk about Transformation & Change first !!!
For young generation especially those in HR, Transformation & Change Management and also Strategic Management what's happening today in our country is a good learning process for you guys. Also to students yang study HR, Public Admin & Political Sc.
Lets take a look at the whole process using Module & Change Process developed & introduced by John Kotter.
1. Create Sense of Urgency
Ini clear. Kita nampak bagaimana urgentnya perkara perkara yang ingin ditransformkan dan dilaksanakan sedang diperlihatkan. Bagaimanapun sebagai sebuah negara yang kerajaannya bertukar dalam tempoh 24 jam bukan mudah utk menyusun segalanya semula. Kita bukan seperti US yang mana Presiden yang baru mempunyai masa lebih drp 6 bulan utk membentuk dasar dan teamnya.
2. Form A Powerfull Coalition
This already started even sebelum kemenangan ini diperolehi. Tun membawa semua parti yang ada dalam PH bersama utk membentuk coalition yang cukup kuat dan padu dengan pelan perancangan yang jitu. Meskipun kita semua jelas utk menggabungkan TDM, LKS, DSAI & MS dalam satu kumpulan bukan mudah namun terkumpulnya mereka dalam satu kumpulan merupakan kombo yang kuat dalam politik hari ini. Bukan itu sahaja tapi utk berkempen dan bertanding bawah satu bendera. Apabila PH menang sememtara terbentuknya kabinet kita tahu ada team yang boleh saya katakan utuh dibentuk oleh Tun dan Dipengrusikan oleh Tun Daim dan dianggotai oleh RK, TSZeti, Prof Jomo & TS Hassan Merican. SU Kerjanya adalah Dr Muhammed Khalid dan TS Abd Kadir Jasin juga turut serta yang mana saya nampak pasti terlibat dalam isu komunikasi. Dalam membentuk coalition ini pasti some heads will roll especially stumbling block & dead woods. Dalam dunia korporat ini juga sama. Tanpa sokongan sepenuhnya dan kerja dilaksanakan mereka yang boleh dipercayai, mempunyai integriti dan mampu laksanakan tugas KPIs serta Visi takkan mampu terlaksana.
3. Create a Vision for Change
Visi PH jelas. Hapuskan kleptokrasi, hapuskan rasuah, mempertingkat integriti, membentuk dan memacu ekonomi demi kepentingan rakyat. Jika kita kecilkan lagi skop 1MDB, FELDA & GST jelas antara subfaktor dalam visi PH yang membawa kepada perubahan undian rakyat.
4. Communicate the Vision
Visi di komunikasikan dalam pelbagai bentuk. Video, penerangan, media massa dan sebagainya. Umumnya visi ini mulai dikomunikasikan sejak 2015 terutamanya oleh Tun dan Invoke. Kebanyakan komunikasi ini mempunyai fakta dan maklumat jelas tentang apa yang berlaku dalam negara. Kini komunikasi berhubung apa yang ingin dicapai non stop di terangkan setiap hari dalam segala bentuk media. Meskipun dalam segala cabaran keterbukaan media hari ini namun visi PH jelas ternampak pada hati rakyat.
5. Empower Action
Tanpa empowerment agak sukar utk melaksanakan segala rancangan sejak awal. Team yang ada baik kempen, startegik, multimedia, politik, dasar dan sebagainya bertindak atas KPI masing masing. Apabila PH mulai mengambil alih Kerajaan sekalipun terlalu baru dan kabinet belum tetbentuk sepenuhnya kita dapati ada susun atur utk laksanakan. KSU Kementerian, Authory dan Agensi diminta melaksanakan tugas mereka yang sepatutnya dan kita telah nampak ianya dilaksanakan satu persatu. Of course Council of Elders yang bermesyuarat dan berbincang setiap hari dari awal pagi hingga ke malam being Empowered utk melaksanakan pelbagai tugasan khususnya berkaitan penyusunan ekonomi semula.
6. Create Quick Wins
Manifesto PH ada jangka pendek, panjang dan swderhana. Isu yang dekat dihati rakyat diletakkan dalam manisfesto 100 hari. Ini meletakkan rakyat utk nampak yang PH sedang berusaha bersungguh sungguh utk mencapai visi dan objektif mereka demi kepentingan dan keperluan rakyat. Demi memenuhi isu isu yang dekat dihati rakyat. Quick wins dan perancangan utk mencapainya di maklumkan setiap hari dalam pelbagai bentuk komunikasi.
7. Build on the change
Dalam erti kata lain DONT LET UP !!! PH is bringing whole country towards their vision no matter how hard & how difficult. Small wins seperti GST being communicate as a celebration. Huge win like pengampunan dan pelepasan DSAI dalam segala pertuduhan dan kes mahkamah juga diperlihatkan antara kemenangan rakyat. Rata rata kita boleh melihat rakyat menerima kepayahan melaksanakan segala perubahan ini. Rakyat tahu ianya bukan mudah dan rakyat tahu ianya ssdang direncana dan dijalankan.
8. Make It Stick
Bukan mudah mempertahankan apa yang ada. PH harus terus menerus berkomunikasi dan merancang serta memberikan RESULTS supaya rakyat melihat bahawa transformasi dan reform yang sedang dilaksanakan adalah berterusan demi kepentingan negara dan rakyat. Tanpa ini semua stickness bakal hilang dan kepercayaan akan lenyap. Ini bukan tugas mudah. Rakyat ingin melihat pembabitan mereka dalam pembuatan keputusan merombak kebobrokan sistem yang ada berlaku ataupun tidak.
Jika kita melihat secara keseluruhan tanpa Leadership Tun dan pengalaman serta wisdoms berkaitan belum pasti sesiapapun yang mengambil alih mampu melaksanakan semua ini. Kerana itu sebelum ini saya menulis just give a chance to that old man rather than bertelagah tentang kuota dan siapa menjadi apa. Just learn from him. Learn from his wisdoms too.
Anyway menulis diphone not as easier mengadap laptop. Maaf atas segala kekurangan but hope this help to some young exec dan students yang masih menuntut. Bukan ahli akademik saya melihat dan menulis dalam kerangka pengalaman saya dalam dunia korporat, industri dan bersama MNC & GLC.
Pengalaman melaksanakan Transformasi bukan jalan mudah dan tak ada jalan singkat. Ianya jalan yang amat memenatkan serta penuh ranjau dan duri khususnya dalam meletakkan intehriti ditempat tertinggi. Apatah lagi dalam hal ini kerana ianya membabitkan masa depan lebih 30 juta rakyat Malaysia.
Wallahualam
MieAli
17 May 2018
Bangi

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME