WAKE UP CALL FOR PH

WAKE UP CALL FOR PH !!! Panjang, kalau nak faham sila baca sampai habis.

1. Actually for quite sometimes saya stop talking dan menulis about politics. Cuma sesekali bila saya tahu apa keadaan sebenar sesuatu perkara namun media melaporkannya berbeza maka saya akan menulislah sedikit. Ini pun sebenarnya saya tertangguh utk menulis sejak sebelum By Election CH lagi. Sebab nak fokus menulis benda lain.

2. Anyway sewaktu di CH saya predict 50/50 sahaja. Utk Semenyih yang cuma 10 min dari rumah saya saya predict 60/40 yakni 60% utk BN-Pas menang. Untuk Rantau saya predict BN-Pas akan menang. Kawasan Tok Mat dan sentimen Tok Mat masih kuat di situ.

3. Anyway PH harus melihat beberapa perkara dalam menangani kekalahan dan kepercayaan rakyat. Mereka harus sedar undi Melayu terpecah kepada 3 dan 5% swing akan menyebabkan mereka kalah.

4. Ya, kita kini mengamalkan kebebasan media namun media hari ini khususnya yang Pro BN-Pas memainkan pelbagai sentimen khususnya sentimen perkauman, keagamaan dan pemalsuan berita. Mereka berterusan akan menggambarkan PH sebuah Ruling Party yang gagal. Sekalipun banyak mana kebaikan dibuat dan dilaksanakan jika media pro PH gagal memainkan peranan maka PH akan tumbang. Morsi dahulu di Mesir membebaskan Media namun Media yang masih pro Hosni Mubarak dan Al Sisi menggambarkan Morsi dan Kerajaan Ikhwan sebagai gagal. Akhirnya kepercayaan rakyat terpecah dan Kerajaan Ikhwan yang banyak dan sedang melaksanakan reformasi tersungkur.

5. Kini perkara yang lebih kurang sama berlaku. Bayangkan jika orang yang menyokong kuat PH juga boleh fall dengan pemalsuan berita yang pro BN-Pas bayangkan orang awam biasa pasti akan lebih percaya. Berita tidak benar dan palsu jika diulang berkali kali lama kelamaan orang awam akan ingat ianya benar.

6. Saya tidak tahu bagaimana Menteri yang ada melantik pegawai mereka utk menjalankan kerja kerja media namun nampak seperti tak berfungsi kecuali YB Anthony Loke dan YB Yeoh yang mana media mereka menjalankan kerja cukup baik dan padu.

7. Terkait hal ini Menteri kebanyakannya melantik SU dan Pegawai yang tiada atau kurang pengalaman. Some even menjadi kera dapat bunga dan saya tahu ada yg menjadikan Pegawai Kerajaan sebagai musuh dan beranggapan semua pegawai kerajaan adalah kaki kepada BN. Ini saya dapat tahu dari rakan rakan saya dalam Kerajaan sendiri yang umumnya menyokong pertukaran Kerajaan baru.

8. Jika anda belajar tinggi dan diuniversiti ternama, pandai menulis dan bercakap doesnt mean anda pandai manage orang, politik dan pentadbiran secara keseluruhan. For me saya nampak most SU dan pegawai Menteri macam syiok sendiri je dan tak berfungsi. Natijahnya sebaik mana menteri buat kerja dan laksanakan kerja Menteri akan dilihat buruk malah oleh penyokong sendiri.

9. Contohnya Menteri Pelajaran dan TPM yang banyak melaksanakan initiatif dan pelan rancangan yang baik namun segala usaha mereka tidak diketahui ramai malah dikutuk penyokong PH sendiri. Apatah lagi beliau berjaya pecahkan kartel biz dalam KPM selama ni. Lagilah buat dia ramai musuh. Bukan semua orang seperti saya yang membaca dan mwncari maklumat. Most orang kita Malaysia hanya tahu menadah sahaja. Worst part tadahan mereka disumbat oleh media pro BN-Pas yang bertindak jauh lebih busuk dari Utusan dan TV3 suatu masa dahulu. Just imagine Terengganu nak tutup 50 GLCs seems tiada siapa tahu. Saya tak suruh main burukkan keadaan dan membuat fitnah saya cuma mahu media PH lebih tahu main peranan.

10. Saya kira dalam masa yang sama rombakan kabinet harus dilaksanakan. Ada minister yang saya hormat kerana banyak buat kerja dan less politik seperti YB Anthony Loke, YB Yeo Beh Yin, Dr Ong, seriously ramai mumgkin tak setuju but YB Maszli banyak mulai rancang dan laksanakan pelan penambahbaikan sistem pendidikan dengan baik. Namun ada menteri memang setengah masak seperti YB Kula yang saya rasa dia sendiri pun tak tahu apa dia buat, YB Waytha that one is a total disaster and liability pada PH. As Menteri Perpaduan seriously tak tahu apa dia sedang buat dan bakal buat khususnya dengan buruknya kemelut permainan bangsa dan agama dalam negara hari ini. Syed Saddiq seems quite Naive in sepak terajang politics as Minister dan I dunno samada para pegawai yang beliau lantik benar benar berfungsi ataupun tidak.

11. PH need to know most orang BN-Pas adalah otai dalam sepak terajang politik even as Minister dan pentadbir. PH need to accept that PH Media Grup screwed up. Cytro BN-Pas main peranan dengan cukup baik walaupun dgn main api sentimen bangsa dan agama serta dgn pemalsuan berita. If PH thing they dont have money to manage all these. Trust me they still have plenty of money. This is their main game macam saya nyatakan tadi. Perception game. Worst part orang PH sendiri pun fall to this game dan sama sama percaya apa pro BN-Pas Media / Cytro mainkan. Malangnya  kebaikan PH seperti  ssdiakan peruntukan utk MP dan ADUN, open for discussion dan tiada masalah utk bantu kawasan dan negeri pembangkang tidak menjadi tajuk berita dan media yg besar.

12. DAP dan bangsa bukan Melayu / Bumiputera harus faham ada beberapa perkara amat sensitif pada orang Melayu. Pertama adalah Agama, kedua adalah bahasa, ketiga adalah Sultan mereka dan keempat adalah Kontrak Sosial yang dipersetujui sejak sekian lama. Satu lagi yang tidak bertulis adalah kuasa politik. Ini semua amat sensitif pada hati orang Melayu. Sebarang cabaran dan pindaan terhadap perkara ini orang Melayu akan bangkit dan bersatu. Ini adalah kerana orang Melayu yang mana kedudukan ekonomi mereka kini ditangga ketiga masih memerlukan bantuan Kerajaan untuk bangkit dan berjaya. Saya tak nafikan juga sikap dan mentaliti orang Melayu serta orang politik Melayu sendiri buat orang Melayu terkebelakang. Namun saya tidak menolak ramai juga anak Melayu yang bekerja keras utk membaiki hidup dan masa depan serta menjadi ternama dan berjaya dalam bidang masing masing. Orang Melayu beranggapan kuasa ekonomi tiada pada mereka dan hanya mengharapkan kuasa politik utk menjaga kepentingan dan masa depan mereka.

13. Namun saya faham kemiskinan dan ketinggalan bukan hanya milik orang Melayu. Ramai juga orang bangsa lain mengalami masalah kemiskinan dan jika orang biasa terpaksa membeli rumah pada harga lebih tinggi. Begitu juga kemasukan ke universiti ada yang tidak dapat masuk meskipun result sangat baik. Ya, saya setuju sesuatu perlu dilakukan disitu. Adil ini bukan berdasarkan hak politik semata namun apabila kita memberikan sesuatu kena pada tempatnya agar tiada rakyat yang terabai tanpa kira latar bangsa dan kepercayaan.

14. DAP harus menjadi moderate seperti MCA. BUKAN MENJADI MCA SINCE MCA IS TOTALLY HOPELESS and TAK ADA TELUR LAGI. Maksud saya menjadi lebih moderate dan matang apatah lagi anda kini Kerajaan. Hampir 70% pengundi adalah Melayu dan DAP starting to loose sokongan dari orang Melayu. Saya tahu orang seperti Lim Guan Eng, YB Yeo, YB Anthony, YB Gobind, YB Hannah, YB Ong even YB Lim Kit Siang semakin menjadi moderate dan memang ada yang moderate. Namun kelompok pentaksub dan berfikiran lama / old skool masih ramai. Bercakap dan bertindak seolah pembangkang dan bukan Kerajaan. Hal ini juga berlaku dalam PKR.

15. Kemelut perebutan jawatan serta isu dalaman PKR turut menarik PH ke dalam masalah mereka. Tidak lama selepas GE Rafizi mengeluarkan bom dan ianya adalah ibarat bola tanggung kepada BN-Pas. Cuma kini beliau agak diam dan kembali ke fungsi asalnya. Seorang bijak seperti beliau sepatutnya lebih membantu. Beliau juga harus ketepikan ego dan patut lebih mahu menerima pendapat. DSAI patut lebih fokus kpd PD dan kurangkan atau jangan bercakap langsung berkenaan untuk menjadi PM. Beliau boleh menjadi mentor kepada menteri menteri yang baru sepatutnya. Terlebih menunjuk dan bercakap utk menjadi PM akan buat even penyokong sendiri memyampah.

16. Berbalik kepada isu DAP dan orang Cina tadi mereka harus tahu bahawa selagi tidak kelihatan moderate maka mainan DAP sebagai Kafir Harbi, Komunis dan ingin menjadikan Malaysia sebuah republik akan terus bermain dan memenuhi kepala orang Melayu. Saya punya ramai rakan Cina dan India. Mereka rakan yang baik malah ada yang membantu saya tanpa saya minta. Saya faham orang Cina adalah bangsa yang praktikal manakala orang Melayu adalah bangsa yang sangat bertolak ansur tapi sensitif dan tidak semua orang Melayu sepraktikal orang Cina. Orang India pula harus tahu dan sedar bahawa anda tidak boleh pacak utk bina kuil dimana mana tanpa kelulusan dan kebenaran terlebih dahulu. Jika orang Melayu dan Cina boleh mengikut peraturan dalam membina rumah ibadat saya percaya generasi baru penganut Hindu juga memahami perkara ini. Sila jelas dan faham juga bukan hanya kuil yang pernah kena pindah. Masjid, Tokong dan Gereja juga pernah dan acapkali juga menerima arahan berpindah.

17. Saya tahu orang Cina khususnya DAP memperjuangkan UEC. Namun ramai tidak tahu sejak 2004 UEC telah diterima meluas untuk memasuki Pusat Pengajian Tinggi Awam dan juga bekerja di sektor awam. Malah manifesto BN utk GE14  juga ada berkenaan pengikhtirafan UEC dan Najib bercakap mengenainya di Johor sejurus sbl GE14. Seriously kita melangkah terlalu jauh dalam asimilasi melalui pendidikan dengan wujudkan sekolah pelbagai sistem berdasarkan bangsa. Kita perlu bentuk masyarakat semula kerana slp 61 tahun merdeka kita makin jauh dari muhibbah. Ini masa kita bentuk sekolah satu sistem tanpa abaikan bahasa dan agama serta kepercayaan masing masing. BM as Bahasa Utama diikuti BI tanpa abai bahasa ibunda masing masing. Trust me jika ini terlaksana PH akan dilihat sangat sangat sangatberjaya. Ini yang harus kita perjuangkan bukannya UEC. Malangnya ada rakan dari bangsa Cina dan India akan berkata bagaimana dgn Tahfiz. Kita pergi semula kepada asas sosial kontrak tadi dan sekolah tahfiz ini adalah seperti sekolah mubaligh. Ianya bukan utk mainstream. Cuma unsur asimilasi dan kenegaraan wajib ada. So biarkan juga sekolah swasta dgn cara mereka namun ada asas asimilasi perlu diwujudkan. Percayalah PH akan dekat di hati rakyat.

18. Perundangan dan Kehakiman even SPR dan SPRM hari ini jauh lebih bebas. Namun kita harus sedar tiada kebebasan mutlak. Asas kita masih budaya asia dan Islam agama rasmi. Semua pihak harus hormati. Saya menentang semua bentuk penghinaan dan provokasi terhadap mana mana agama. Islam juga melarang umatnya menghina dan mencaci agama lain.

19. Hari ini ramai bising berkenaan kalau Najib dan Rosmah salah kenapa tidak ke penjara. Seriously mana media PH dan Kerajaan dalam menerangkan proses mahkamah. Ini tidak termasuk pihak defendan mencuba banyak kali dalam melewatkan perbicaraan. Ramai cakap baik PH atau BN-Pas dah berkuasa so silalah tangkap dan penjarakan. Namun jika kerajaan campur tangan dalam perundangan dan kehakiman bermakna tiada beza dengan Regim Najib sebelum ini. Namun kes berprofile tinggi dan sensitif harus ditangani dengan bijak dan pantas. Jika tidak hanya menjadi bola tanggung buat BN-Pas.

20. Sebenarnya ketika Kerajaan ingin menutup SPAD, JASA dan BTN dulu saya kurang setuju. SPAD patut disusun semula khususnya melibatkan perancangan strategik masa depan public transport namun saya faham susun atur dengan tugasan yang mungkin ada cross atau bertindan dgn JPJ harus dikaji. Ianya dibuat secara tergesa gesa apatah lagi dgn isu dalaman SPAD yang membabitkan soal sumber manusia. Saya tahu. Organisasi spt JASA sepatutnya tidak ditutup sebaliknya disusun dan ditukar sesetengah kakitangannya seperti Tun Faisal. Jika kita lihat post Tun Faisal di Media spt Tweeter cukup utk kita lihat betapa ianya lebih kepada meroyan dan tiada kelas langsung. Ini adalah kerana dizaman Najib, JASA hanya menjadi Cybertrooper. JASA harus dikembalikan kpd fungsi asal seperti zaman Allahyarham Fuad Hassan, dalam memberikan maklumat berfakta kepada rakyat termasuk para pelajar universiti berhubung pelan masa depan negara dan tindakan as as today. BTN juga wajar dikekalkan dan disusun agar dapat melaksanakan program asimilasi dan semangat kenegaraan samada bersifat bangsa ataupun bersifat kebangsaan kerana kedua duanya penting. Dulu semua pelajar Universiti Awam wajib menghadiri BTN dan disitulah semangat kenegaraan saya tercipta hingga saya sendiri pernah menjadi fasilitator BTN. Manakala disekolah melalui gerakan Belia dan NGO saya dilatih berkenaan isu kenegaraan. Saya terlibat seawal usia 16 tahun. Masih adakah program begini ? Wallahualam.

21. PEKEMBAR hari ini kembali kepada fitrahnya. Dulu mereka parti Elit sebagaimana MCA dan MIC juga. Kembalinya cara mereka kepada bukan elit bermakna mereka akan lebih dekat dengan rakyat. PH TIDAK BOLEH sama sekali membiarkan ahlinya dan menterinya menjadi Elit. Jika ini terjadi PH akan jauh dari hati rakyat khususnya orang Melayu. PEKEMBAR bukanlah sekuat mana namun saya mahukan PEKEMBAR dan PAS menjadi pembangkang yg berintegriti dan professional. Namun utk capai ke arah itu jalan mereka juga masih panjang kerana PEKEMBAR tidak akan kemana mana dari selagi 90% kepimpinan tidak diubah. Kemasukan dan penerimaan orang seperti Jamal, dan Papagomo, Bung, Tajuddin dan ramai lagi menunjukkan jalan PEKEMBAR utk berubah masih panjang manakala PAS kembali menjadi parti yang taksub dan terlalu jauh ke kanan. Bukan lagi seperti ketika zaman Almarhum TGNA dan Almarhum TGFN. Disinilah PH patut guna ruang dan peluang utk buktikan sesuatu. Tapi PH harus ingat mereka berhadapan dengan ahli politik yang punya banyak pengalaman dan perlu memilih calon yang baik dalam mana mana pilihanraya kecil dan bukannya serkap jarang.

22. Isu dengan PH bukan sangat isu PTPTN sebagai contohnya namun isu bagaimana PTPTN itu diuruskan sangat kelam kabut dan tunggang langgang. PH telah melaksanakan banyak perkara dalam tempoh 10 bulan namun maklumat dan info tidak sampai kepada khalayak. Macam saya katakan bukan semua jenis mencari dan membaca seperti saya. Kebanyakan menadah sahaja utk dapat maklumat dan jika tadahan itu dipelopori oleh Media dan Cytro Pro BN-Pas serta Pemalsuan berita hingga orang PH sendiri fall for it so jangan salahkan lagi orang lain selain diri sendiri. PH wajib manage segala fitnah dan pemalsuan berita ini or persepsi buruk sebagaimana yg dihadapi Morsyi akan berlaku terhadap PH lebih teruk dari hari ini.

23. Masalah satu lagi adalah tanggapan masyarakat berkenaan Malaysia Baru yang mana ramai mengharapkan perubahan itu berlaku overnite sedangkan kita telah hidup selama 61 tahun. We might need another 61 years to make things change in total. Namun kalau sentimen bangsa dan agama gagal ditangani oleh PH maka jalan menuju destinasi makin sukar dan jauh.  Orang Melayu, Cina, India,  Sikh dan lain lain harus terima kita semua warganegara Malaysia dan tiada jalan lain utk majukan Negara selain bekerja bersama dan bertoleransi. Program Rukunegara harus dilaksanakan secara besar besaran sejak sekolah hingga ke ceruk kampung dan kota besar. Ini sangat penting. Bukan menyamakan dengan Rukun Islam dan Rukun Iman namun analogi pegangannya adalah seolah begitu. Sama juga mengapa Corporate Values sangat penting dalam mana mana organisasi khususnya MNC hingga ada program khas mengenainya tanpa ada kakitangan yg tertinggal.

24. Saya tidak mahu ulas Bi Election Semenyih.  Ramai dah menganalisa baik BN-Pas mahupun PH. Percayalah semua yang ditulis itu betul.

25. Saya tahu dalam Kerajaan masih ada Pegawai Kanan yang bertuankan BN. Here kena professionallah selagi tidak arahan tidak langgar integriti, undang undang dan moral maka laksanakan tugas dengan baik. Saya tahu ramai khususnya dalam GLC dan Agensi baik Pengerusi, Lembaga Pengarah dan Pengurusan lantikan BN dan taat kepada BN yang baru disambung kontrak. Dont wait kontrak mereka tamatlah. If you need to pay their remaining contract so paylah. Even yang berkhidmat dalam Kerajaan sekalipun as higher ranking offiver. Otherwise sabotaj akan berlaku even mereka ini akan jadi stumbling block dalam melaksanakan transformasi. Thats how we do it dalam MNC dan Corporate World tapi PH lambat giler dalam uruskan semua ini. Kaki lobi akan ada utk jawatan namun letaklah mereka yg benar layak dan berintegriti. InsyaAllah segala dasar PH akan dapat berjalan baik utk menangi hati rakyat.

26. So terpulang pada PH now, as rakyat biasa siapapun memerintah saya hanya nak ada Malaysia yang aman damai khususnya utk anak anak saya. Saya beginilah masih perlu kerja keras utk cari rezeki tanpa harap tongkat dan akan terus bergerak dari sekolah ke sekolah dan ke universiti awam memberikan ceramah motivasi dan kerjaya secara percuma utk generasi akan datang yg saya sayangi. Been doing it for more than 19 years. Akan teruskan selagi termampu utk negara tersayang.

Wallahualam

MieAli
3  March 2019
BBBangi

Comments

Popular posts from this blog

SAYA, AKU, ANA & AYE....

LA GEAR

Pemandu Pelancong PART TIME