ERTUGRUL

 “ I am only the enemy of oppression and betrayal ” Ertugrul Ghazi bin Sulaiman Syah. 


Saya memang minat HISTORY sejak kecil. Same goes with HEAVY DRAMA. After few months finally habis lihat ERTUGRUL. 448 Episode via 5 Seasons. Still tak boleh lawan rekod arwah atuk dan arwah opah menonton THE SULLIVAN lebih 1200 episode sepanjang 7 tahun.

Anyway kalau sebelum ini saya hanya membaca sejarah Empayar OTTOMAN dengan Sultannya yang paling agung dan terkenal iaitu Sultan Muhammed Al Fateh ERTUGRUL lebih kepada asal usul Empayar Ottoman. Ertugrul merupakan bapa kepada pengasas Ottoman iaitu Sultan Ottoman yang pertama, OSMAN. Beliau merupakan anak ketiga Ertugrul.

Anyway cerita epik takkan lari dari perang, pengkhianatan, politik kotor, rasuah, jual. beli pangkat, menjual maruah negara, menjadi barua musuh, berpaling tadah etc tak ada beza dengan apa yang berlaku hari ini baik dalam mahupun diluar negara.

Empayar Ottoman naik dengan Kejatuhan Seljuk yang ramai pembesarnya menjual diri kepada Mongol dan Byzentine.  Mamluk ketika ini lebih berkuasa di Mesir dan sekitarnya. Kerajaan Mongol juga terpisah bila Berke Khan iaitu cucu kepada Ghenzis Khan memeluk Islam ketika merantau ke Parsi dan Timur Tengah serta membentuk Kerajaannya sendiri. Beliau banyak membantu dalam pembentukan Ottoman terutama dalam isu mempertahankan sempadan Turki serta strategy peperangan yang membolehkan Ertugrul dan Ottoman membaca strategi Mongol.

Tidak dilupakan jasa Al Arabi dalam membentuk NILAI pembina Empayar Ottoman. Kemuncaknya adalah ketika zaman Sultan Muhammed Al Fateh. Namun ketika nilai ini mulai pudar dan para pembesar mulai menjual diri dan maruah tanpa integriti dan hanya mementingkan kocek sendiri akhirnya Ottoman jatuh dan regim Mustafa Kamal Attartuk mengambil alih Turki. Keturunan Ottoman terbuang merata rata di Eropah dan saya tak pasti tarikh sebenar bila mereka akhirnya mampu menjejakkan kaki ke bumi Turki semula.

Anyway a very good HISTORY about sebuah puak NOMAD yang akhinya membina Empayar yang besar dan terkenal serta kuat pengaruhnya hingga ke hari ini bermula dari lembah di SOGUT ke ISTANBUL dengan kejatuhan BYZANTINE dan mampu mengekang Mongol. Suatu ketika tersebut OTTOMAN adalah kuasa besar ekonomi dan ketenteraan dalam zamannya khususnya mulai tahun 1500.

“ I will protect the oppressed even if he is my enemy. But I will not forgive the traitor even if he is my brother ", Ertugrul Ghazi bin Sulaiman Syah.


Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME