CERITA BULAN KEMERDEKAAN SAYA


CERITA BULAN KEMERDEKAAN SAYA #3


AL MUQADDIMAH

Beberapa hari lepas sewaktu KONVOKESYEN MAYA Universiti Sultan Azlan Shah, ucapan oleh Sultan Perak, Raja Nazrin Shah adalah sesuatu yang menarik utk dilihat dalam konteks akademik dan isu semasa negara dan dunia hari ini. Tuanku ada memetik nama IBNU KHALDUN.

Secara ringkas Ibnu Khaldun dilahirkan pada 27 May 1332 ( meninggal dunia pada 17 March 1406 )  dalam keluarga Aristokrat dan berasal dari Tunisia. Keluarganya orang besar Kerajaan dalam Kerajaan Islam Sepanyol. Dengan pendidikan dan ilmu yang tinggi Ibnu Khaldun pernah menjadi HAKIM BESAR MESIR.

Al Muqaddimah merupakan karya agung beliau yang menjadi rujukan dunia hingga ke hari ini. Beliau merupakan ahli pelbagai cabang ilmu khususnya politik, falsafah, ekonomi, kebudayaan dan malah dianggap pelopor sosioligist yang pertama. Saya membaca Al Muqaddimah kali pertama pada tahun 1995.

Secara ringkas IBNU KHALDUN melalui MUQADDIMAH mengeluarkan TEORI NAIK TURUN TAMADUN MANUSIA ada lima peringkat :

1. Melibatkan Penyatuan dari sifat Assabiyyah. Peringkat dimana kita semua tanpa kira latar agama dan bangsa serta budaya bangkit bersatu membina negara, empayar dan tamadun demi kebaikan bersama dgn kadar tolarensi dan kepercayaan yang amat tinggi dan besar. 

2. Kepimpinan bersifat berpusat dimana kita mulai memilih pemimpin utk mereka menjaga kita dan mentadbir negara / empayar demi kebaikan bersama.

3. Permulaan KELEKAAN serta hilangnya NILAI dari pemimpin sampailah rakyat malah CASH MULAI MENJADI KING dalam kehidupan harian kita. Pangkat dan Jawatan jadi rebutan. Rasuah dan mengambil hasil negara ke kocek sendiri mulai menjadi amalan biasa. 

4. Apabila STATUS QUO mula mengambil alih apa yang terjadi sudah cukup kebal dan cukup sukar utk diubah kerana telah menjadi BUDAYA dalam POLITIK, PENTADBIRAN dan SISTEM SOSIAL hingga kita sudi menerima pemimpin korup asalkan dia memberikan sesuatu buat kita secara peribadi atau secara berkumpulan. Kita bukan sahaja menerima malah bermatian mempertahankan mereka. Ketika inilah kita kehilangan NILAI. 

 5. Defisit Kepercayaan semakin pudar dan Hilang Penyatuan memusnahkan empayar dan tamaddun kerana tidak dapat diubati lagi. 

Saya tak nak menulis panjang lebar. Bacalah buku ini. Buku ini antara buku tersohor dimuka bumi ini hingga REAGAN menggunakannya sebagai rujukan dalam sistem ekonomi sewaktu beliau jadi Presiden dan rujukan ramai pengkaji dan akademik terkenal barat yang bukan Islam.

Secara ringkas ANDALUSIA dan UTHMANIYYAH jatuh dengan lalui fasa ini. Buku dan sumber Rujukan GOLDEN ERA Andalusia dan Uthmaniyyah masih digunapakai hingga ke hari ini oleh orang barat dalam membina Tamadun demi kemajuan yang mereka kecapi hari ini.USA juga sedang menempah tiket yang sama berdasarkan teori diatas dan China mula bangkit menggantikan USA. 

Dalam kemelut POLITIK TANAHAIR saya kira saya sedang melihat perkara 3 dan 4 sangat sedang GIAT BERLAKU.


MieAli2

24 Ogos 2021

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME