Pemandu Pelancong PART TIME

PEMANDU PELANCONG PART TIME

  • Tugas saya sewaktu di MNC dan GLC membawa saya ke banyak tempat dalam dan luar negara. Kadangkala saya ambil peluang untuk have a short gateaway. Kalau dikirakan antara Makkah dan Madinah saya tidak tahu mengapa Madinah sangat terkesan di hati dan jiwa saya namun jika mengambil kira selain Makkah dan Madinah pengalaman saya dikebanyakan tempat dan negara boleh saya katakan BALI adalah tempat yang saya jatuh cinta dengannya. Saya ke sana dalam tahun 2014 dan awal tahun 2017 ketika saya ke Flores/Komodo dan Yogja.
  • Ketika saya di Bali sekitar tahun 2014 sebaik tiba dari Lombok saya temui pemandu pelancong saya seorang petani / pesawah pertengahan usia, berbangsa Melayu beragama Hindu dan merupakan penduduk asal Bali. Setiap pagi dan malam beliau terpaksa naik motor sekitar satu jam atau lebih jika tidak ‘ MACET ‘ satu arah untuk ke tempat penginapan saya. Apa yang saya kagum dengan beliau adalah kegigihan beliau mencari ilmu dan pendapatan sedangkan beliau hanya seorang petani kampung. Beliau boleh berbahasa 5 jenis bahasa iaitu Inggeris, Arab, Mandarin, Korea & Jepun. Cara belajar = Beli kamus dan hafal beberapa perkataan sehari selain attend kelas mana yang sempat. Then selebihnya lebih banyak belajar dari pelancong sendiri.
  • Selain Sejarah Bali dan Indonesia beliau juga arif perihal dunia luar. Kerana saya minat sejarah dan ada mengambil sedikit perbandingan agama jadi kami banyak bersembang dan bertukar tukar pandangan. Dari segi anutan saya dapati penganut Hindu Bali jauh lebih Hindu dari penganut Hindu di Malaysia ( maaf pada rakan Hindu saya kalau statement ini kurang tepat. Seriously Melayu di Malaysia pun ramai tak nampak Islamnya menyeluruh dalam kehidupan harian. Saya mungkin antaranya kerana saya juga tidak sempurna ). Ini kerana Hindu di Bali bukan hanya sekadar agama namun agama yang hidup dalam budaya, bahasa dan kehidupan harian sejak ribuan tahun lalu.
  • Beliau hanya dibayar RP 65,000 untuk 4 hari. Kami memberikan beliau dan pemandu sekitar RP 300,000 seorang nilai terkumpul sebelum pulang. Best part beliau tahu semua restoran halal & NO BABI GULING di Bali namun ketika lalu di restoran yang bernama MIYABI ( Maria Ozawa known as MIYABI in Indonesia ) saya terperanjat dan berkata WAHHHH ada Restoran MIYABI di sini !!! Dia kata waaa kamu tahu itu. Saya hanya ketawa sebab kantoi tapi saya balas BAPAK JUGAK TAHU APA !!! Kami ketawa !!!
  • Meskipun jauh perbezaan agama dan budaya malah Bahasa saya dapat rasakan keakraban antara kami. Dia juga banyak habiskan masa bersama saya berbanding rakan Backpacker yang lain. Dia tahu keddudukan masjid dan Mussolla. Kerap bertanya saya mahu solat ataupun tidak. Mahu solat di Mussola atau Masjid. Beliau akan pastikan tempat makan atau hentian pasti ada Musolla. Bukankah ini yang patut ada pada kita di Malaysia yang makin lama kelihatan makin jauh kita hanya kerana berbeza agama, budaya, Bahasa dan bangsa. Muhibbah !!!
  • Umumnya saya kagum dengan beliau dalam segala segi terutamanya dalam soal mencari ilmu, pegangan beliau pada agama beliau yang katanya harus hidup dalam kehidupan serta jiwa dan kerja keras untuk keluarga walaupun dengan upah yang kecil namun komitmen yang tinggi terhadap tugas. Bukankah ini yang patut ada pada kita umat Islam dan orang Melayu ? Saya belajar sesuatu dari beliau. Anda pula bagaimana ? PAK NYOMAN, terima kasih atas pengalaman dan perkhidmatan. Saya akan ingati bapak sebagai seorang abang yang banyak hulurkan nasihat malah mendoakan walaupun dengan cara beliau sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....