PENDAKI MIMPI

Ku ketuk panji alam
Melewati malam sendiri
Pasrah sujud dahi menyentuhi tanah
Tika jiwa dan hati ku hadapkan ke langit

Ku mendaki mimpi mimpi
Sedang mimpi sendiri membunuh mimpi mimpiku
Walau telah dan pernah ku realisasikan mimpi
Namun terkadang timbul ngeri

Takkan ku berpaling
Meski ku terhambat luka
Meski cerita bukan zahirnya melwati percaya nan lain
YANG SATU tahu dan mengerti
YANG TAHU melihat dan mengetahui

Ku pendaki mimpi
Cuba menggapai harapan
Walau ada setengahnya palsu
Walau ada setengahnya luka lara
Tertikam depan belakang tepi atas dan bawah
Namun ku melangkah
Walau getir ibarat bertapa
Walau kaki berat mengheret beban yang diarahkan padaku
Bebanan yang bukan milikku

Ku terus mendaki mimpi
Walau penuh duri
Tika diri memaafkan
Namun cukup tidak mahu kulihat kalian lagi
Ketika mimpiku diragut kepercayaan palsu orang orang yang ku maafkan
Pergi...nyah
Biarkan daku membina mimpi mimpiku semula
Walau aku sendiri tidak pasti
Hanya ku berpegang pada janji Tuhan
Ku tetap terus melangkah mendaki
Mencari mimpi
Membina mimpi
Yang diragut hilang
Yang tidak dipercayai
Kerana ego dan penista abadi

Ku kan mendaki
Walau kaki luka penuh tusukan duri
Ku pasti suatu masa ku dipuncak nanti
Walau ketika itu sekalipun hanya tinggal harapan tinggi
Bukan nama dan anugerah yang ku cari
Matlamatku tetap ingin kupulangkan pada manusiawi
Sekalipun kalian tidak percaya merobek hati
Namun aku takkan akan berhenti
Kalian ku maafkan sila beredar pergi
Ku ingin terus melangkah mendaki
Membina segala mimpi mimpi
Kerana ku percaya janji Tuhan itu pasti
Biar jika ku mati dijalan sendiri
Ku tahu langkahku pasti kan diikuti
Bukan kamu dan kamu tapi mereka yang punya hati
Ku tak ingin ditangisi
Cukup sekadar bekalanku menghadap ILAHI....
Tika ini....ku kan terus mendaki

Mie / Bangi
26 Feb 2018



Comments

Popular posts from this blog

SAYA, AKU, ANA & AYE....

LA GEAR

Pemandu Pelancong PART TIME