FAKE NEWS ???

BNM put up a good report yang bukan semua orang akan amik port pun. Just like UNICEF Report. Just like PAC Report on 1MDB. Kalau kita baca dan mentelaah kita akan tahu betapa pincangnya keadaan.

BNM mentioned soal gaji yang rendah berbanding kos sara hidup dan keperluan serta soal kerja yang semakin ditawarkan kepada orang luar. Kemasukan kontraktor & hutang beratus billion dgn China juga adalah antara impaknya. China bukan sahaja membawa pekerja buruh namun tenaga mahir dan professional drp negara mereka dengan ramainya juga.

Tolak tepi sektor perladangan, pembinaan, servis dan perindustrian yang memang jelas didominasi siapa.

Soal sikap sebenarnya tidak begitu wujud kerana selama 20 tahun saya berurusan dengan pelajar sekolah dan universiti mereka bukanlah sebagaimana yang kita gambarkan. Tak timbul isu terlalu memilih pekerjaan sebenarnya. Saya kenal ramai mereka ini kerana kadangkala mereka menghubungi saya utk mendapatkan pandangan. Jika ada yang terlalu memilih hanya kelompok kecil yang punya mentaliti sedemikian.

Data boleh being manipulate dan bergantung pada dan bagaimana ianya diterjemah dan disampaikan. Kalau bijak pandai dan akademik boleh dimanipulasi bayangkan orang kebanyakan. Malamgnya kadangkala yang memanipulasi iti juga kelompok yang sama. Economist, ahli akademik dan sudah tentu ahli politik.

Masyarakat kita masih bergantung pada bendera dan label kelompok masing masing. Salah atau betul soal kedua. Janji kami satu label kami akan pertahankan. Tak ada beza lagi dengan Kongsi Gelap dan Gangster. Kawan kena balun semua akan turun secara berjemaah tanpa mahu lihat konteks jauh lebih besar...

Kyle Tsakiris ada menulis ;

'Sekiranya kita mahu menghentikan berita palsu, kita harus mendidik, bukan ‘brainwash’. Kita harus menyiasat dan berbincang, bukan mencari kambing hitam dan menyalahkan. Kita harus menganalisa dan menyiasat apa yang kita nilai serta jangan membiarkan ia ditanam ke dalam diri kita oleh orang lain. Jika kita serius mahu menghentikan berita palsu, kita harus mencari semula apa yang penting  serta bagaimana untuk menemukannya. Dengannya, kita akan ingat semula kepentingan menghargai kebenaran....'

Sebagaimana Facebook menutup banyak akaun FB yang membantu menyebarkan keadaan sebenar di Palestine dan membantu penyebaran berkenaan Negara Zionis Israel adakah kita sedang melakukan perkara yang sama khususnya dalam soal 1MDB ketika di Parliament wakil rakyat kita tidak dibenarkan bercakap isu 1MDB atas alasan kes sedang berjalan dimahkamah US malah diakta rahsiakan laporan kewangan dan audit negara namun dalam masa yang sama Arul Khanda buat roadshows satu Malaya bertemu kelompok tertentu dalam program tertentu utk berbicara soal 1MDB. Ketika kes masih berjalan juga MCA hadir ke Penang utk buat program TEROWONG yang ikut kata rakan dari Penang saya yang pegi adalah sekitar 600 orang namun dilaporkan beribu ribu.....

TV3, Utusan dan BH malah kini Harakah dan apatah lagi Cybertrooper tidak pernah belajar drp sejarah bahawa cara maki hamun, berbicara kasar serta memburukkan orang lain bukan mampu mendidik masyarakat menyokong namun sebaliknya buat masyarakat kian meluat hingga rata rata rakan rakan dan keluarga yang suatu ketika mungkin kuat menyokong suatu pihak beralih ke pihak lain secara mendadak apabila melihat kebobrokan semakin terserlah. Samada dididik atau terdidik dengan keadaan yang makin jelas keburukannya atau kematangan berfikir dan mentelaah serta menganalisa sendiri melihat situasi bukan sesuatu yang ingin saya bicarakan disini.

Anyway, kita tidak harus memegang doktrin yang dipaksa kita utk percaya kerana kita sendiri yang menentukannya sebagai rakyat dan warganegara.

' negara tidak akan rosak disebabkan buruk dan tamaknya ahli politik namun aka  rosak ketika kita yang nampak dan melihat memilih utk tidak melakukan apa  apa ....'

Apa yang sedang berlaku kini bukan isu politik atau yang dipolitikkan tapi ianya membabitkan masa depan kita dan negara kita yang sedang kita tentukan.

Rasa nak menonton Phil Bir Dil Hai Hondustani...hurmmm mungkin kita boleh buat versi kita kelak...who knows !!!

Wallahualam

Mie
Bangi
March 31, 2018


Comments

Popular posts from this blog

MELAYU

SAYA, AKU, ANA & AYE....