USTAZ DR PAHROL

Ustaz Dr Pahrol Mohamed Juoi. Setelah sekian lama dan sejak membaca buku beliau kali pertama sekitar 9 tahun lalu alhamdulillah hari ini dapat menemui susuk tubuh ini utk mendengar dan berdiskusi dalam majlis ilmu di surau tempat kediaman saya. Melihatkan wajah dan susuknya saya tidak sangka beliau bakal mencecah usia 60 tahun.
Saya membaca hampir keseluruhan karya beliau dan saya amat mengaguminya. Gaya penulisan beliau setaraf Hamka bagi saya. Bentuk penulisan, analogi, perbandingan, bahasa dan penyampaiannya sekalipun saya tidur kurang 2 jam semalam ianya tidak buat saya mengantuk langsung. Sejam lebih terasakan bagai 10 - 15 min sahaja.
Beliau memberikan penekanan isu berkaitan INTEGRITI dan bagaimana puasa itu yang kita laksanakan kerana Allah sebenarnya mendidik kita berkenaan nilai integriti. Sebab itulah puasa ini memerlukan kejujuran sendiri kerana samada kita curi makan atau minum kita sendiri sahaja yang tahu.
Apa yang saya dapat tangkap dan faham jika utk saya ulas semula dalam perkongsian beliau hari ini sebagaimana yang saya kerap utarakan iaitu benarlah kata kata Sheikh Muhammad Abduh : Aku kebarat dan aku lihat Islam tanpa penganutnya dan tatkala aku pulang ke negeriku aku lihat umat Islam tanpa Islamnya.
Secara tidak langsung saya melihat bahawa Al Quran itu diturunkan di MAKKAH, dilagukan dan dimusabaqahkan di MALAYSIA dan di implementasikan di JEPUN.
Jangan salah tafsir !!! Jangan terlalu jumud melihat Islam itu hanya drp satu sudut hudud yakni rantaian syariah semata mata sedangkan Islam itu jauh lebih luas dan lebih besar drp kedua perkara tersebut. Hakikatnya dalam index rasuah dan integriti dimana kedudukan negara Islam dan negara kita ??? Mengapa negara Scandanavians, New Zealand, Singapura, Jwpun dan Korea duduk dalam senarai teratas. Bagaimana pula SIVIK, DISIPLIN DAN JENAYAH. Dimana kedudukan kita berbanding negara negara yang saya sebutkan tadi ? Bangsa kita juga terlalu kerap menuding jari pada bangsa dan perkara lain dan menganggap kita maksum sekalipun ada banyak kesalahan datang drp bangsa kita sendiri. Bila terbang tinggi lihat ke bawah. Kerap turun dan rasa suasananya. Jangan mendabik dada segala baik dan sempurna menyalahkan orang lain hingga kita berdelusi merasakan kita di alam kayangan kerana terbang tinggi. Ingat, ketika itu kerana terlalu tinggi jika jatuh jika tidak mati sekalipun lukanya akan terlalu parah. Pasti lama utk pulih. Lebih parah ketika jatuh itu delusi masih berterusan percaya pada kepercayaan palsu dan terus menyalahkan orang lain dan bangsa lain.
Umat Islam hari ini taksub mengamalkan Islam secara RITUAL dan bukan memahami Islam dalam konteks lebih luas. Hakikatnya kita bukan sahaja mengelirukan bukan Islam malah orang Islam sendiri seringkali keliru dengan Islam itu sendiri hari ini.
Kita beribadah kerana inginkan GANJARAN bukannya KEREDHAAN DAN KEBERKATAN daripada Allah. Ganjaran hanya hadiah buat kita sedangkan setiap satunya kita harus laksanakan KERANA ALLAH kerana itulah NIAT KITA.
Ramai orang hari ini jauh lebih mendesak anak berpuasa seawal mungkin namun kita sering mengabaikan solat yang adalah TIANG AGAMA. Kajian beberapa tahun lalu menunjukkan sekitar 80 % umat Islam di Malaysia sering meninggalkan atau tidak solat. Walaupun ianya survey random namun itulah hakikatnya. Sekalipun hak beribadah adalah hak individu namun kita harus ingat SOLAT adalah permulaan bagi mana mana umat Islam malah antara perkara pertama dan utama dinilai di akhirat kelak.
Akhlak umat Islam hari ini tidak tergambarkan pada pakaian dan tuturkatanya yang berjubah dan berkopiah lebai sedangkan akhlak adalah jalan paling mudah utk membuatkan seseorang mendekati dan memahami Islam dengan lebih baik. Ketaksuban tidak boleh membawa kita kemana mana.
Solat itu disiplin bermula dgn niat dan berakhir dengan tertib. Wuduk dan sebagainya. Begitu juga dengan puasa. Ini sepatutnya menjadikan umat Islam jauh lebih berintegriti dan mempunyai disiplin sebagaimana zaman agungnga Islam suatu ketika dulu. Justeru sampai bila kita hanya mahu melihat dan mencanang tentang kehebatan masa lalu dan sejarah sedangkan jalan terbentang luas utk kita setidaknya mengubah sikap dan tingkah laku kita sendiri dahulu.
Kadangkala ianya bermula dgn benda kecil seperti sewaktu jalan di kwsn parking lihatkan kebawah. Jika terjumpa paku atau besi buangkan ketepi. Kita mungkin selamatkan tayar seseorang drp bocor. Kemaslah sisa dan pinggan makanan di restoran makanan segera atau mana mana kedai makan. Jangan biarkan bersepah. Jangan meludah dan buang kahak merata rata. Jangan buang sampah merata rata. Buatkan sandwich atau belikan makanan utk guard kediaman kita atau utk pekerja pembersihan kwsn rumah kita. Jangan langgar lampu merah walaupun tiada kereta, jangan u turn ditempat tidak boleh u turn etc. Dan lebih besar punyalah prinsip dan integriti serta always DO A RIGHT THING sekalipun jika ianya tidak memihak pada kita.
Di Malaysia kita takut masuk gereja sedangkan jemputan makan di gereja khususnya sepanjang ramadhan adalah normal di tempat lain malah dinegara Arab. Bukan semua bangsa Arab beragama Islam pun walaupun nama sama seperti kita. Kita takut melihat salib dan takut melihat orang lain menulis pengalamannya tentang agama beliau sendiri. Takkan serendah itu harga jati diri dan keimanan kita !!! Saya pernah mwngambil perbandingan agama dan seringkali temankan rakan saya ke gereja dahulu ( saya duduk dikerusi luar atau belakang sekali ) dan alhamdulillah saya masih saya dan aqidah saya tidak terjejas.
Segala perubahan ini bermula dengan kita. Lihat cermin dan kalau orang dalan cermin itu tidak mahu berubah jangan bicara untuk mengubah dunia hatta utk mengubah sebuah kampung pun.
Wallahualam
MieAli
9 June 2018
Bangi

Comments

Popular posts from this blog

LA GEAR

SAYA, AKU, ANA & AYE....

Pemandu Pelancong PART TIME